BAIKI….. Ustaz Md Farhanuddin (dua dari kanan) dibantu oleh AJK Unit Aset Sekolah sedang membaikpulih kerusi meja murid di SK Lubok Temiang, baru-baru ini.
LABUAN: Unit Aset Sekolah Kebangsaan Lubok Temiang (SKLT) telah mengadakan program gotong royong bersama pekerja am untuk membaik pulih aset sekolah yang diadakan di dalam dewan Tahun 6, baru-baru ini.
Menurut penyelaras program, Ustaz Md Farhanuddin Md Yusof bersama tiga orang guru, Ustaz Mohd Nazri Datuk Abdul Rahman. Cikgu Midzmar Harun dan Cikgu Mohd Nasrun Ramlee terlibat dalam program tersebut.
Mereka dibantu oleh dua orang pekerja am sekolah iaitu Zulkifly Osman dan Amin Kario.
Ustaz Md Farhanuddin berkata tujuan program itu diadakan adalah untuk mengemaskini dan membaik pulih aset yang bermasalah seperti meja dan kerusi murid.
Katanya, meja dan kerusi yang telah dibaikpulih dapat digunakan semula bagi menampung kekurangan yang ada.
“Dasar penjimatan kos bagi membeli aset baharu terutama dalam keadaan pandemik yang membataskan pergerakan.
“Kira-kira 15 hingga 30 kerusi meja berjaya dibaikpulih pada hari itu,”katanya sambil mengucapkan terima kasih atas bantuan guru dan pekerja terbabit.
Semua pentadbir SK Lubok Temiang yang terdiri daripada Guru Besar, Haji Adam Abdul Rahim Penolong Kanan Pentadbiran, Zubaidah Yusof, Penolong Kanan HEM, Sunah Tahir dan Penolong Kanan Kokurikulum, Rahman Jaafar turut menjayakan program murni tersebut.
Haji Adam berharap dapat menjadikan SKLT sekolah sifar aset bermasalah.
“Aset sekolah diselenggara dengan baik bagi tujuan melahirkan suasana pembelajaran kondusif apabila sekolah dibuka sepenuhnya kelak,”katanya.