27 C
Kota Kinabalu
Ahad, Mac 16, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Guna dokumen milik individu sudah meninggal dunia, tiga wanita ditangkap.

Seorang suspek wanita tempatan dipercayai dalang sindiket telah ditangkap

-DSP Sammy Newton-

OLEH ADUKA JASNIN SUMAN

RANAU: Padah cuba memperdaya pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk memohon Kad Pengenalan (MyKad) menggunakan dokumen milik individu yang sudah meninggal dunia, tiga wanita di sini ditahan polis pada Selasa.

Suspek, dua warga asing ( Filipina) berusia 30an dan 16 tahun, manakala seorang lagi warga tempatan berusia 40an, telah ditahan sepasukan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis (IPD), Ranau dan IPD Tuaran.

Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Superintendan Polis (DSP) Sammy Newton, berkata dalam kejadian kira-kira jam 9.35 pagi bertempat di pejabat JPN Ranau, dua wanita warga asing cuba memperdaya seorang kakitangan JPN berkaitan permohonan MyKad.

DSP SAMMY NEWTON

Katanya, dua wanita terbabit didapati cuba memohon Mykad menggunakan dokumken dipercayai milik individu yang telah meninggal dunia selepas semakan dibuat kakitangan  yang bertugas di kaunter JPN Ranau.

“Bertindak atas laporan, seorang suspek wanita tempatan dipercayai dalang dalam kejadian itu telah ditangkap  di pejabat JPN di sini pada hari sama.

“Susulan penangkapan suspek pertama, polis telah berjaya menangkap dua lagi suspek juga pada hari yang sama dan merampas beberapa dokumen serta barang-barang yang disyaki ada kaitan dalam kes ini,” katanya.

Menurut  beliau, antara dokumen dan barang-barang yang dirampas  daripada suspek ialah, 50 keping wang kertas RM100 berjumlah RM5,000, satu keping surat daftar perkahwinan, satu keping surat daftar kelahiran, satu keping surat daftar kelahiran bukan warganegara, satu keping borang permohonan kad pengenalan dan satu keping dokumen keputusan pertanyaan imej dari Sistem Pengecaman Cap Jari Bersepadu (AFIS).

“Ketiga-tiga tangkapan telah direman empat (4) hari  bermula 12 Febuari 2020 sehingga 15 Febuari 2020 dan ditahan di lokap Ibu Pejabat Polis (IPD) Ranau. Kes disiasat di bawah Seksyen 420/511 kanun Keseksaan,” jelasnya. -TAMAT-

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN