30 C
Kota Kinabalu
Selasa, Julai 23, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

GRS akan terus kominted menyantuni rakyat

GIMIK…Benedict  ( kiri) bersama yang lain mengatam padi perasmian majis.

RANAU: Pejabat Parlimen Ranau bersama Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) dari tiga Dewan Undangan Negeri (DUN)Kundasang, Karanaan dan Paginatan di bawah kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan terus kominted menyantuni rakyat tanpa mengira fahaman politik, agama, budaya dan suku kaum.

Ketua Pegawai Perhubungan Parlimen Ranau, Benedict Gunda berkata, adalah menjadi satu tanggungjawab dan amanah kerajaan untuk menolong setiap rakyat yang memerlukan bantuan dalam.pebagai segi terutama keperluan dalam aspek projek-projek mendesak demi faedah rakyat khususnya di kawasan pedalam.

“Kerajaan tiada pilihkasih sama ada di kawasan parti pembangkang, juga akan dibantu oleh kerajaan dengan mengabil kira projek atau kemudahan itu adalah kepentingan untuk penduduk  setempat”, jelas Benedict ketika berucap mewakili Timbalan Menteri Kementerian Dalam Negeri II, merangkap Ahli Parlimen Ranau, Datuk Jonathan Yasin bagi merasmikan Sambutan Perayaan Pesta Kaamatan peringkat Kg.Daramakon Ranau baru-baru ini.

gambar bersama Benedict (empat kiri) dan rombongan daripada pejabat Khidmat Rakyat Parlimen Ranau.

Menyentu sambutan itu, Benedict memuji Jawatankuasa penganjur kerana berjaya melaksanakannya dengan teratur dan meriah.

Menurut Benedict, meskipun perayaan Pesta Kaamatan sudah berlalu namun, boleh dirayakan  pada bila-bila masa ke arah memupuk perpaduan, persaudaraan dan keharmonian dikalangan komuniti.

“Kita sama-sama meneruskan budaya sambutan Pesta Kaamatan ini untuk mengekalkan tradisi yang diwarisi suku kaum Kadazan, Dusun, Murut dan Rungus (KDMR) agar budaya tradisi seperti Pakaian, makanan dan Tarian Tradisi dapat di pelihara agar tidak hilang ditelan zaman.

“Menerusi Pesta Kaamatan inilah cara terbaik untuk kita jadikan ruang untuk mengekal dan menyalurkan budaya tradisi suku kaum KDMR kepada generasi kita”, tambah Benedict.

Hadir sama pada majlis itu ialah, rombongan daripada Khidmat Rakyat Parlimen Ranau,  Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) DUN Kundasang, Dounis Samy dan Pengerusi JPKK Kg.Daramakon, Justin Sintang bersama lebih 50 penduduk setempat.

             

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN