33 C
Kota Kinabalu
Khamis, September 19, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

GRAND FINAL KEJOHANAN BOLA SEPAK SAFA PIALA BMR B18 BERMULA HARI INI.

AZMAN MASTAR

KOTA KINABALU: Lapan perlawanan diadakan pada hari pertama grand final Kejohanan Bola Sepak SAFA Piala BMR B18 yang akan berlangsund di empat venue berasingan esok (Jumaat).

Dalam Kumpulan A, pasukan Pantai Barat akan menentang Pantai Barat Selatan di Stadium Penampang mulai jam 7.30 pagi, disusuli dengan perlawanan antara Pantai Timur Utara dan Pantai Barat Timur jam 9.00 pagi.

Perlawanan seterusnya di venue sama, Pantai Barat Timur akan menghadapi Pantai Barat Selatan jam 4.30 petang manakala Pantai Barat akan melawan Pantai Timur Utara di padang SAFA jam 4.30 petang.

Manakala dalam Kumpulan B, Pantai Barat Utara akan menentang Zon Tengah di padang sintetik Likas jam 7.30 pagi dan Pantai Timur Selatan akan bertemu Pedalaman Atas di padang sintetik Likas jam 9.00 pagi.

Dua perlawanan pada sebelah petang, Pantai Barat Utara akan berhadapan Pantai Timur Selatan di venue yang sama jam 4.30 petang dan Zon Tengah akan melawan Pedalaman Atas di padang sintetik UMS jam 4.30 petang.

Pada keesokan harinya (Sabtu), hanya empat perlawanan diadakan di dua venue berasingan.

Pasukan Pantai Barat akan bertemu Pantai Barat Timur dalam Kumpulan A di Stadium Penampang mulai jam 7.30 pagi manakala Pantai Barat Selatan akan menentang Pantai Timur Utara di venue yang sama jam 9.00 pagi.

Dalam Kumpulan B, Pantai Barat Utara akan menghadapi Pedalaman Atas di padang sintetik UMS jam 7.30 pagi dan Zon Tengah akan melawan Pantai Timur Selatan di venue yang sama jam 9.00 pagi.

Padang sebelah petang upacara perasmian akan berlangsung di padang SAFA dan ia akan disempurnakan oleh Presiden SAFA, Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin sendiri.

Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan SAFA, Azman Mastar (gambar) memberitahu, tiada perlawanan diadakan pada sebelah petang memandangkan semua pasukan yang bertanding di grand final dikehendaki untuk menghadiri majlis perasmian.

Azman yang juga Penolong Setiausaha Agung SAFA, berkata kepimpinan tertinggi SAFA dan beberapa orang kenamaan negeri dijangka hadir pada majlis itu.

Beliau berharap mereka yang menghadiri majlis perasmian itu supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan pihak berkuasa dan sentiasa memakai pelitup muka.

Sementara itu di Tenom JJFC yang mewakili Zon Pedalaman Atas yang giat menjalani latihan akhir kemarin turut meletakkan harapan untuk bersaing di peringkat akhir .

Presiden JJFC Jamawi Jaafar berharap anak-anak buahnya akan bermain dengan penuh semangat bagi mempastikan pasukan tersebut dapat meraih tempat dalam kejohanan ini.

” Saya berharap para pemain JJFC dapat bermain dengan penuh semangat bagi mengulangi kejayaan JJFC yang pernah muncul sebagai Johan dalam kejohanan bola sepak Allianz Cup yang mereka menangi tahun 2018 ” katanya ketika mengadakan perjumpaan dengan pemain pegawai-pegawai JJFC di padang Pekan Tenom kemarin.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN