30 C
Kota Kinabalu
Isnin, November 10, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Golongan Pesara disaran terus tabur bakti: Abidin

YB Datuk Abidin (tengah), Raisin dan lain-lain dalam Majlis itu


RANAU: Persaraan bukan bererti tamat sudah perkhidmatan kita kepada negara dan rakyat, kata Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Abidin Madingkir.


Disebaliknya, katanya, teruskan pakai dan gunakan pengalaman kita untuk menyantuni masyarakat dalam apa cara sekalipun.


“Saya nampak ada juga pesara yang kini memegang jawatan dalam khidmat masyarakat, sebagai contoh, banyak ahli pemegang adat adalah daripada pesara guru.


“Justeru, saya menyeru kepada para golongan pesara agar terus berbakti kepada masyarakat dalam kapasiti anda masing-masing, terutama sekali dalam mengongsikan pengalaman kepada golongan muda,” katanya.


Beliau berkata demikian semasa merasmikan Perayaan Hari Raya Aidilfitri anjuran Persatuan Pesara Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Malaysia Cawangan Ranau (5PMDC Ranau) di Lohan Resthouse baru-baru ini.


Abidin berkata, perayaan Hari Raya, seperti juga perayaan-perayaan yang lain, memberi berkat kepada semua kerana perayaan-perayaan seperti ini, bukan sahaja mengeratkan hubungan silaturahim, “tetapi ini adalah masa untuk kita bertemu mesra dengan sahabat-sahabat kita yang sudah lama kita tidak jumpa.


“Syabas dan tahniah kepada pihak penganjur kerana inisiatif mengadakan Perayaan seperti ini,” katanya yang juga merupakan ADUN Paginatan.


Dalam program tersebut Datuk Abidin Madingkir sempat menyumbang RM10 ribu untuk dana Persatuan 5PMDC Ranau untuk membiayai aktiviti persatuan berkenaan.


Pengerusi Penganjur, Paiman Galimbu turut mengalu alukan kehadiran YB Datuk Abidin Madingkir dan sudi menyempurnakan Perasmian Perayaan Hari Raya bersama sama dengan pesara guru.


Dalam pada itu, Pengerusi Persatuan 5PMDC Ranau, Saridih Ahmad berkata, persatuan itu sentiasa menganjur dan meraikan semua perayaan di Sabah seperti Perayaan Krismas, Pesta Kaamatan, Tahun Baru Cina dan lain-lain.


“Ini disebabkan kita menghormati kepelbagaian ahli Persatuan. Antara aktiviti Persatuan ialah melakukan lawatan-lawatan muhibah, mengadakan kerja-kerja amal dan sebagainya.


“Walaupun sudah dalam taraf ‘bersara’ tetapi ahli Persatuan tetap tertakluk kepada konsep menyokong ‘government of the day’ kerana Persatuan juga mahu kestabilan politik sentiasa dipelihara demi kebaikan dan kesejahteraan rakyat


“Ahli Persatuan menganggap bahawa semua pemimpin khususnya di kawasan Ranau, adalah rakan seperjuangan dan perlu sentiasa diberi sokongan padu,” kata beliau


Sementara itu, beliau turut menyentuh impak positif tentang Isu Statistik Kemiskinan Tegar di Sabah.


“Mengenai isu statistik kemiskinan tegar di Sabah, yang sudah menurun 89% dalam daftar Miskin Tegar E- Kasih, perlu difahami bahawa maklumat tersebut bukan dibuat-buat.


“Ini adalah data rasmi yang dikeluarkan oleh Unit Perangsang Ekonomi Sabah di bawah kelolaan Sekretariat Sabah Maju Jaya Jabatan Ketua Menteri.


“Ia menggunakan ‘lock figure’ dalam daftar E-kasih dimana formula yang spesifik digunakan untuk mengira kadar ‘Miskin Tegar’ dalam negeri,” katanya.


Justeru, kata beliau adalah tidak wajar untuk mempolitikkan isu ‘Miskin Tegar’ ini kerana kerajaan GRS sentiasa melaksanakan skim bantuan khusus kepada golongan sasar, seperti program Sentuh, Budi, perumahan SMJ dan lain lain.


“Ini adalah satu cara kerajaan membasmi kemiskinan di Sabah,” katanya.


Turut hadir Pengarah Pendidikan Sabah, Datuk Hj Raisin Saidin, Ketua Daerah Ranau, OKK Muhasip Hj Rauman, PPM, Hishamudin Harun, Pegawai Khas Datuk Abidin Madingkir, Juis Konsuling dan lain-lain.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN