27 C
Kota Kinabalu
Sabtu, April 19, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Golongan kurang upaya perlu dilibatkan dalam aktiviti sosial – James

CENDERAMATA….. Walter Kenson (kanan) menerima cenderamata disampaikan oleh Pengerusi Penganjur. Jabay Surugau, sambil dioerhatikan tetamu kenamaan yang lain.

RANAU: Golongan istimewa tidak sepatutnya dikecualikan daripada hidup bermasyarakat kata Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat (KPMKR), Datuk James Bin Ratib.

Menurutnya, golongan kurang upaya perlu dilibatkan dalam aktiviti sosial seperti yang dijalankan dalam Pertubuhan Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) kerana terbukti kelas PDK mampu memberi bimbingan berkesan kepada mereka.

Justeru, beliau menggesa peranan program PDK perlu dihebahkan kepada masyarakat khususnya ibu bapa yang mempunyai anak kurang upaya atau berkeperluan khas supaya fungsi pusat itu lebih difahami.

“Sehubungan itu, saya juga meminta ahli-ahli jawatankuasa PDK supaya bijak mencari alternatif menganjurkan pelbagai program supaya ia lebih dikenali fungsinya oleh masyarakat.

“Ini sesuai dengan peranannya sebagai sebuah pusat untuk insan istimewa yang memberi latihan dan bimbingan dari segi pengurusan diri dan kemahiran seperti sosial dan vokasional.

“Selain pembelajaran, terdapat juga insentif lain turut diterima seperti bantuan kerajaan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), dan juga dari badan-badan bukan kerajaan NGO,” kata beliau.

James yang juga Adun Sugut berkata demikian melalui teks ucapannya yang dibacakan oleh Timbalan Setiausaha Tetap KPMKR, Walter Kenson semasa merasmikan Sambutan Hari Raya Aidifitri dan Pesta Kaamatan PPDK Ranau 2023.

Tambah beliau, sambutan majlis itu merupakan salah satu program dalam takwim tahunan PPDK yang diadakan bertujuan untuk meraikan Pelatih OKU di samping mengeratkan lagi hubungan silaturrahim di antara ahli Jawatankuasa, penyelia, petugas, pelatih, ibu bapa dan komuniti setempat.

“Syabas dan tahniah saya ucapakkan kepada Jawatankuasa Pelaksana yang dipengerusikan oleh Jabay Surugau di atas kejayaan penganjuran majlis ini.

“PDK atau Community based Rehabilitation (CBR) telah diperkenalkan oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) dan dimulakan di Malaysia oleh WHO sejak tahun 1980-an,” katanya.

James berkata, program PDK merupakan satu strategi pembangunan komuniti dalam rehabilitasi orang kekurangan upaya atau OKU, penyamaan peluang dan integrasi sosial OKU.

“Program PDK dilaksanakan melalui penglibatan aktif OKU, keluarga dan masyarakat setempat dengan disokong oleh perkhidmatan kesihatan, pendidikan, vokasional dan sosial serta menggunakan sumber tempatan.

“Di Malaysia, seperti PDK yang ada di Kg Rapak Ranau, program ini dijalankan oleh masyarakat setempat dengan bantuan dan seliaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) atau Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Masyarakat JPKA.

“Kewujudan PDK di daerah Ranau harus dihargai oleh masyarakat, khususnya ibu bapa kerana di sini, anak-anak berkeperluan khas dibekalkan program pemulihan dan pendedahan dengan dunia luar demi membina keyakinan mereka,” kata beliau.

Sementara itu, kata beliau, peranan ibu bapa amat penting dalam memastikan perkembangan positif anak-anak yang berkeperluan Khas.

“Ibu bapa menggalas tanggungjawab besar dalam menentukan hala tuju masa depan mereka tanpa mengharapkan bantuan luar semata-mata.

“Justeru, kerjasama antara ibu bapa yang mempunyai anak-anak istimewa dengan PPDK adalah amat penting ke arah mencapai objektif atau aspirasi penubuhan PDK.

“Di peringkat KPMKR, kami sentiasa terbuka untuk menerima cadangan-cadangan daripada PPDK dan mempertimbang dengan sewajarnya demi kepentingan dan manfaat bersama khususnya PPDK,” jelas beliau.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN