31 C
Kota Kinabalu
Ahad, Oktober 6, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Gereja SIB Kg.Biah Skim 2 terima sumbangan bahan binaan dari ADUN Sook.

Setiausaha Politkk Kepada Menteri Belia dan Sukan Sabah, Tuan Jre Jreneus Pagut menyerahkan simen kepada Ketua Kampung Biah Skim 2, Puan Supinah Binti Lawi.

SOOK:Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Sook Datuk Ellron Alfred Angin menyumbangkan bahan-bahan binaan kepada Gereja Sidang Injil Borneo (SIB) Kampung Biah Skim 2 untuk penambahan ruang luar gereja tersebut.

Antara bahan-bahan binaan yang disumbangkan ialah bata sirem, batu pasir, simen , brc dan bingkai pintu.

Kapasiti ruang yang tidak mencukupi serta jumlah umat yang semakin bertambah di Gereja Kampung Biah Skim 2 telah menyebabkan kesesakan serta ketidakeselesaan apatah lagi semasa ibadah dijalankan. 

Justeru itu hasil keprihatinan Ellron yang juga Menteri Belia dan Sukan Sabah telah memberikan sumbangan berbentuk bahan binaan kepada pihak gereja dapat mengatasi masalah kesesakan sekali gus memberi keselesaan kepada umat.

Sumbangan beliau itu diserahkan oleh Setiausaha Politik Kepada Menteri Belia dan Sukan Sabah, Tuan Jre Jreneus Pagut kepada wakil pihak gereja, iaitu Ketua Kampung Biah Skim 2, Puan Supinah Binti Lawi. 

Difahamkan penambahan ruang luar sudahpun dilaksanakan oleh pihak gereja, namun kekangan kewangan yang dihadapi oleh pihak mereka telah menganggu hasrat mereka untuk menyiapkan pembinaan tersebut lebih awal. 

Ketua Kampung Biah Skim 2, Puan Supinah Binti Lawi ketika dihubungi berkata “Saya mewakili penduduk kampung mengucapkan berterima kasih kepada Datuk Ellron diatas keprihatinan beliau.

Katanya, sumbangan ini sedikit sebanyak meringkan beban kewangan gereja.

“Saya mengharapkan agar lebih banyak pembangunan dan kemudahan infrastruktur diwujudkan dalam memastikan kesejahteraan rakyat terus diutamakan” tambah Supinah.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN