Antara Usahawan IAT Fama Ranau sempat merakam gambar bersama Mohd.Rahman (dua kiri) dan Hasin (kiri sekali).
RANAU: Gerai Jualan Prasyawal anjuran Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) daerah ini, bermula 3 – 9 April, menjadi lubuk rezeki kepada 19 Usahawan Industeri Asas Tani (IAT) yang mempamer dan menjual ratusan jenama Biskut Raya produk mereka sendiri dengan harganya yang berpatutan.
Pegawai Fama daerah Ranau, Mohd.Rahman Rafael Raya ketika ditemui, semasa meninjau tapak jualan di pekan Ranau, bermula 8.00 pagi hingga 4.00 petang, memaklumkan setiap tahun menjelang Ramadan pihak Fama memberi ruang dan peluang kepada para Usahawan yang berdaftar dengan Fama daerah Ranau khususnya kepada mereka yang mempunyai bengkel pembuatan Biskut sendiri.
Menurutnya, dengan kemahiran yang ada, para Usahawan telah berjaya meningkatkan pendapatan serta ruang ekonomi baru.
“Usahawan-usahawan tersebut termasuklah mereka yang mendapat latihan atau kursus daripada Jabatan Pertanian, Peladang, Mardi dan agensi lain akan diberi peluang”, jelas Mohd.Rahman.
Mohd.Rahman diiringi Hasin (kiri) memperlihatkan salah satu produk biskut Usahawan IAT Ranau.
Menurutnya lagi, ramai Usahawan IAT berminat melibatkan diri untuk menjual produk masing-masing namun terhalang disebabkan ruang tapak untuk Gerai Prasawal adalah terhad.
Turut berada ditapak gerai Prasyawal ialah, Pegawai Unit Pemasaran Industeri Asas Tani Ranau, Hasin Bin Abas.