Gambar atas: JOHAN.. William dan Didi ketika menerima hadiah – foto: RyanKay’C
PENAMPANG: Gandingan William dan Didi dari pasukan Ata-Ata muncul sebagai johan pertandingan dart beregu ‘Ruai Mini Double Dart Weekly’ yang berlangsung di Ruai Dart Cafe, di sini pada Sabtu.
Pasangan tersebut menewaskan beregu dari pasukan Ayam Siang yang diwakili Fred@Fido dan Kevin.

Naib Johan: Fred@Fido dan Kevin dari pasukan Ayam Siang
Johan membawa pulang hadiah wang tunai RM600, manakala naib johan turut memenangi wang tunai berjumlah RM300.
Tempat ketiga bersama (joint 3/4) dengan hadiah RM150, masing-masing dimenangi pasukan Enisi Corner (Walter/Eyon) dan Paamad EB menerusi pemain Elip dan Boy.

Pemenang tempat ketiga bersama (joint 3/4)..Enisi Corner dan Paamad EB
Semantara itu, pemenang hadiah teknikal telah dimenangi Awangku Aziz@Jack untuk kategori ‘Most 171’ dari pasukan Abak-Abak. Untuk kategori ‘Checkout Bull’ menjadi milik Fred@Fido dari pasukan Ayam Siang, manakala pemain dari pasukan Kalabatu Darters, Eddy telah memenangi ketagori ‘Highscore Checkout’ menerusi mata 156.
Pemenang kategori teknikal telah menerima hadiah berupa satu kampit beras lima kilogram (5Kg).

TAHNIAH..Para pemenang kategori teknikal
Kesemua hadiah wang tunai dan beras adalah sumbangan pengurus Ruai Dart Cafe, Joseph@Jussie Jangor.
Pada pertandingan itu, sebanyak 20 pasukan telah mengambil bahagian. -AJS