Gambar atas: JUARA….Mark dan Jerry, menerima hadiah disampaikan Jussie
PENAMPANG: Gandingan sensasi Jerry Logitan dan Mark Jumin dari pasukan IZING berada pada kelas tersendiri dalam sukan dart (baling damak) di negeri ini.
Pada pertandingan dart mingguan anjuran Ruai Dart Cafe, IZING sekali lagi menambah koleksi kejuaraan mereka apabila muncul juara pada pertandingan itu semalam.
IZING yang menewaskan pasukan OMG Brothers diperingkat akhir telah membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM700.

Naib Juara: Gandingan Ah Fatt dan Dave Lee
OMG Brothers yang memberi saingan sengit pada perlawanan akhir itu bagaimanapun terpaksa berpuashati di tempat kedua. Gandingan Ah Fatt dan Dave Lee menerima hadiah wang tunai berjumlah RM350.
Tempat ketiga dan keempat (joint 3) yang menawarkan hadiah wang tunai RM150 menjadi milik bersama pasukan Sumundu JN dan Abak-Abak.
Dalam kategori teknikal, pemain dari pasukan IZING iaitu Mark, telah memenangi 180 terbanyak diikuti 171 terbanyak yang diperolehi Badul, pemain yang mewakili pasukan Pok Silap.

Pemenang 3/4: Abak-Abak dan Sumundu JN
Untuk Kategori ‘high score check’, telah dimenangi Jay Pailot dari pasukan OMG Brother. Manakala kategori ‘check bull’, tiada pemenang pada pertandingan kali ini.
Pemenang – pemenang untuk kategori teknikal masing -masing menerima hadiah berupa satu kampit beras yang disumbangkan dermawan Abaa.
Pada pertandingan kali ini, sebanyak 32 pasukan telah mengambil bahagian, antaranya pasukan dari daerah Papar, Putatan, Penampang, Tuaran dan Kota Kinabalu.
Sementara itu, Pengurus Ruai Dart Cafe, Joseph@Jussie Jangor, mengucapkan terima kasih kepada semua pasukan yang telah menyertai pertandingan ini.

Antata pemenang ketagori Kategori teknikal
Beliau juga merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada individu-individu yang terlibat membantu menjayakan pertandingan kali ini serta para dermawan yang telah menyumbang hadiah-hadiah pemenang teknikal.
“Saya amat berterima kasih kepada mereka khususnya Abaa, Walter Enisi, Rio Ketam, Thomas, Eyoi serta individu-individu lain.
“Terima kasih juga kepada encik Apollo dari Majlis Daerah Penampang kerana sudi menghantar pasukan untuk menyertai pertandingan dart minggun ini,” katanya.