27 C
Kota Kinabalu
Khamis, Disember 5, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Gabungan parti Kerajaan Perpaduan di Labuan desak kerajaan  jawatan Pengerusi PL diisi oleh anak tempatan

Datuk Khalid

LABUAN:Gabungan parti Kerajaan Perpaduan yang merangkumi  UMNO, Parti Keadilan Rakyat Labuan dan Warisan Labuan  mendesak kerajaan supaya jawatan Pengerusi Perbadanan Labuan di isi oleh anak jati Labuan atau ,mana mana  pemimpin  daripada parti kerajaan Perpaduan yang ada di Labuan.

Ketiga-tiga  parti yang menyokong Kerajaan Perpaduan itu sepakat mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim  supaya jawatan Pengerusi Perbadanan Labuan itu di beri kepada rakyat Labuan khususnya kepada pemimpin dari  parti yang menyokong Kerajaan Perpaduan.

‘Kami mahu Perdana Menteri menghormati  kemahuan rakyat Labuan dan kita tidak mahu kesilapan yang mengaitkan pelantikan Datuk Seri Anifah Aman  yang berasal dari Sabah sebagai Senator untuk Labuan berulang….sekaligus pelantikan itu telah menjadi kemarahan rakyat Labuan.

Noor Halim

“Kami tidak rela kewibawaan dan kebolehan anak tempatan direndahkan martabatnya untuk menerajui Labuan” demikian kata Naib Ketua UMNO Bahagian, Datuk Khalid Ab. Ghani  Labuan ketika menghubungi media di sini, hari ini.

Beliau berkata, sebelum ini semua pelantikan Pengerusi Perbadanan Labuan di wakili oleh anak tempatan yang semuanya berstatus  mantan Ahli Parlimen  bermula daripada Datuk Suhaili Abdul Rahman, diikuti Rozman Datuk Isli, Datuk Yusof Haji Mahal dan mantan Ahli Dewan Negara, Datuk Bashir Alias.

 “Ke semua mereka ini telah menjalankan tugas dengan sempurna dan memenuhi citarasa  keperluan penduduk Labuan serta memahami situasi Labuan.

Seorang lagi pemimpin dari Parti keadilan Rakyat (PKR) Bahagian Labuan iatu Timbalan Ketua Cabang PKR Labuan, Adnan Khatim  yang mewakili parti itu juga mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya jawatan penting kepada rakyat Labuan itu diisi sepenuhnya oleh anak jati tempatan

“PKR Labuan juga  mendesak supaya jawatan Pengerusi Perbadanan Labuan itu diberikan kepada  rakyat tempatan  (anak  Labuan)… Kami di Labuan sebenarnya tidak ketandusan pemimpin  yang berkebolehan untuk diangkat sebagai Pengerusi Perbadanan… dan tidak perlu memilih orang luar dari Labuan yang belum tahu dapat menjiwai kehendak rakyat Labuan” katanya dalam satu kenyataan  di sini.

Sementara itu,  seorang lagi pemimpin utama parti Warisan Labuan, Nor Halim Datuk Zaini  yang mewakili Parti Warisan Labuan  juga mendesak  kerajaan di bawah kepimpinan Datuk Seri, Anwar Ibrahim supaya menghormati kehendak rakyat Labuan yang mahukan jawatan Pengerusi Perbadanan Labuan di isi oleh rakyat Labuan.

 “Kami sebagai anak jati  dan mewakili parti Warisan Labuan juga mendesak kerajaan supaya  pelantikan Pengerusi Perbadanan Labuan  diberi kepada anak Labuan dan bukannya orang luar itu tidak layak, tetapi pemimpin tempatan lebih mengetahui dan memahami masalah  Labuan dan arah tuju Labuan.

“Pelantikan orang luar akan memberi persepsi yang kurang baik  kepada kerajaan Perpaduan dan ia sudah pasti satu penghinaan kepada rakyat Labuan” katanya.

Sementara itu, difahamkan ketiga tiga parti gabungan Kerajaan Perpaduan itu juga dijangka  akan mengumpul patisyen untuk membantah cadangan  melantik orang luar sebagai Pengerusi Perbadanan Labuan.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Labuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman (parti Bersatu)  dalam satu kenyataan akhbar tempatan Daily Express 3 Mel lalu menyebut Senator Anifah Aman patut  ketuai Perbadanan Labuan (MP: Anifah Aman fit to head Labuan Corp.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN