Flovia (empat dari kiri) bersama rombongan semasa meninjau bekas jalan balak yang dicadang untuk dinaiktaraf.
KENINGAU:Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tulid Flovia Ng mencadangkan kepada pihak kerajaan agar jalan sejauh lebih kurang 50 kilometer dari Kampung Sinaron Sook ke Daerah Tongod dan Daerah Telupid dinaiktaraf.
Menurut beliau, cadangan ini merupakan perancangan jangka panjang untuk keggunaan penduduk setempat seperti mengeluarkan hasil pertanian ataupun berurusan ke pejabat Daerah Tongod yang hanya memakan masa perjalanan hampir dua jam untuk sampai.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media di kampung Sinaron Tengah pada Sabtu.
Jelasnya, jalan berkenaan dahulunya merupakan jalan balak dan kini ianya tidak lagi digunakan oleh syarikat pembalakan.
Pada masa sama Flovia yang juga Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat Dan Kesejahteraan Rakyat berharap pembentangan belanjawan negeri 2021 pada 18 Mac ini , DUN Tulid turut tidak ketinggalan menerima pelbagai pembangunan.
Ini katanya, kerana kawasan ini antara DUN baru yang memerlukan keperihatinan, antaranya bekalan air bersih, elektrik, menara talian komunikasi dan sebagainya. Tamat/-