Dr.Geoffery (kiri) bersama Liau menandatangani Surat Tunjuk Niat pada Majlis tersebut.
LABUAN:Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) menerusi Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan (FKAL), telah menandatangani Surat Tunjuk Niat bersama Chin Wui Trading sebagai kolaborasi memperluaskan hubungan strategik kepada kedua dua pihak.
Majlis menandatangani Surat Tunjuk Niat (LOI) itu telah diadakan di Bilik Eureka UMSKAL pada Rabu, antara Dekan Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan, Prof. Madya Dr. Geoffrey Harvey Tanakinjal mewakili UMSKAL dan Pegawai Eksekutif, Liau Jun Wui mewakili Chin Wui Trading.
Terdahulu, Prof Madya Dr. Geoffrey berkata, kolaborasi itu bukan sahaja dapat memperluaskan hubungan strategik antara FKAL dan Chin Wui Trading tetapi juga memberikan peluang pembelajaran dan pengalaman baru kepada mahasiswa serta memoromosikan produk melalui pemasaran komprehensif.
“Program kolaborasi bersama Chin Wui Trading telah banyak memberikan input berguna kepada mahasiswa, mencetuskan idea dan pengalaman baru.
“Melalui program ini peluang mempelajari ilmu secara tidak langsung akan membentuk transformasi gerak kerja yang berjaya berdasarkan kebijaksanaan dan kesungguhan” katanya.
Jelas Dr Geoffrey lagi, program ini juga dapat memberikan pendedahan kepada mahasiswa mengenai strategic pemasaran sesuatu produk khususnya kepada pihak berkepentingan serta promosi menggina platform media sosial.
Turut hadir, Pensyarah Kanan FKAL, Dr Md Mahmudul Haque, Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Inovasi) FKAL, Dr Anath Rau Krishnan dan Alumni FKAL, Dr Noor Hassanah Husin.