32 C
Kota Kinabalu
Jumaat, Februari 23, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Fitnah, Wiramuda STARSABAH Bahagian Bingkor buat laporan polis

Florian (tiga dari kanan)bersama Jennedy (dua dari kanan), Jennifer (empat dari kiri)bersama AJK Wiramuda dan Wiranita STARSABAH N.40 Bingkor menunjukkan laporan polis.

KENINGAU:Wiramuda Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Bahagian Bingkor membuat laporan polis terhadap satu fitnah kepada Presiden STAR Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey Kitingan yang dimuatnaik melalui media sosial facebook.

Timbalan Ketua Wiramuda STARSABAH N.40 Bingkor JM Jennedy Bundoi dalam laporan polis yang dibuat berkata, pada 12 Februari lebih kurang jam 10.00 malam semasa beliau di rumah kediamannya di Kampung Nuntunan Apin-Apin telah menerima satu gambar di dalam media sosial facebook yang memaparkan gambar Presiden STAR Datuk Seri Panglima  Dr. Jeffrey Kitingan.

Katanya, dalam gambar itu tertera perkataan “Pemberian Kad Pengenalan kepada PTI adalah lebih baik , berbanding pemberian PSS kepada pemegang Kad IMM13, Kad Banci dan Burung-Burung.

“Ayat ini adalah satu fitnah yang jahat dan satu fitnah yang dibuat bertujuan untuk memburuk-burukkan Dr. Jeffrey” katanya dalam laporan polis itu.

Jelasnya gambar itu telah dimuatnaik oleh seorang pengguna facebook bernama Michael Peter Govind pada 12 Februari 2022. Pembuat gambar ini dan juga Michael Peter Govind harus disiasat kerana dengan sengaja membuat-membuat dan menyebarkan gambar yang berbaur fitnah dan boleh mendatangkan kekeliruan kepada masyarakat.

Ini juga katanya, boleh menimbulkan huru-hara dan menjejaskan perpaduan rakyat.

JM Jennedy berkata, tujuan beliau membuat laporan polis ini agar pihak polis dapat membuat siasatan ke atas perkara yang berlaku dan membawa mereka yang bertanggungjawab ke muka pengadilan demi kesejahteraan dan menjaga nama baik Timbalan Ketua Menteri Sabah dan juga Parti STAR.

Mengetuai rombongan semasa laporan polis itu dibuat adalah Ketua Wiramuda STARSABAH N.40 Bingkor Florian Ilon

Turut serta Ketua Wiranita Puan Jeniffer Epil, Setiausaha Wiramuda Sonjah Junaidi, AJK Wiramuda Kenny Malis dan AJK Wiranita.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN