Jamawi bersama pengarah John Samud (kiri sekali) dan Penerbit filem Namatai Marlin Brando (dua dari kiri)di luar salah sebuah Pawagam di Keningau sempena tayangan filem itu semalam.
Oleh : Francis Andin
KENINGAU : Keunikan serta keindahan alam semulajadi negeri ini mampu dipromosikan diperingkat dalam dan luar negara melalui penerbitan lebih banyak filem tempatan yang menggabungkan produk khazanah sejarah, keindahan serta keharmonian pelbagai kaum yang terdapat dinegara ini khususnya negeri dibawah bayu.
Pengerusi Sabah Urban Development Corporation (SUDC) Datuk Jamawi Jaafar berkata penggiat seni tempatan perlu terus berkarya dan mengutamakan citrasa penonton sesuai dengan jalan penceritaan yang bukan hanya mempamerkan pelakon-pelakon tempatan berpotensi tetapi dapat menggubah seni cerita dengan gabungan sejarah, keindahan serta keharmonian dalam sesebuah cerita dan watak.
“ Saya yakin, filam Namatai ini antara filem yang banyak memenuhi citarasa , ramai penonton kerana gabungan penceritaan kisah sejarah, keunikan alam semulajadi dan keharmonian kaum, selain penerbit adalah anak jati Sabahan yang cukup berpengalaman dalam bidang seni”katanya selepas menerima undangan menghadiri siri tayangan filem berjudul “ Namatai” bersama lebih 200 orang peminat seni filem tempatan dari daerah Tenom dan Keningau disalah sebuah pawagam di daerah ini.
Katanya banyak kisah sejarah khususnya didaerah pedalaman yang menarik boleh dijadikan dalam bentuk penerbitan difilemkan untuk santapan minda generasi masa kini untuk lebih berminat mengetahui sejarah tempatan.
“ Kita berharap penggiat seni tempatan dapat menerbitkan lebih banyak filem tempatan termasuk filem Namatai, selain kita minta sokongan daripada pihak FINAS sendiri untuk ditayangkan di negara luar, sebagai medan mempromosikan produk pelancongan kepada dunia luar melalui penayangan film tempatan kita”katanya.
Jamawi bersama sebahagian para peminat filem Namatai yang hadir sempena tayangan itu salah sebuah Pawagam diKeningau.
Dalam pada itu, Penolong Penerbit John Samud berkata filem Namatai mendapat sambutan baik daripada penonton sejak mula ditayangkan di beberapa pawagam di negeri ini pada 28 December lalu dan berharap ianya menjadi dorongan kepada para penggiat seni untuk terus berkarya.
“ Harapan saya dengan adanya sokongan ini akan dapat meningkatkan semangat dan memartabatkan pengiat seni tempatan”katanya
Katanya sedikit tentang penceritaan filem Namatai ini adalah kisah kepercayaan suku kaum Kadazan Dusun dan Murut dan juga kaum lain di negeri ini.
“ Namatai ini mengisahkan tentang satu tempat bagi roh mereka percaya gunung kinabalu adalah tempat bersemadi atau persinggahan roh yang meninggal sebelum pergi jauh dan ini Kepercayaan dinamakan Namatai iaitu dari bahasa Dusun Tindal ”katanya.
Sementara itu, Pengarah Filem Namatai Marlin Brando berkata terdapat gabungan tiga faktor utama dalam filem tersebut adalah sejarah perang dunia kedua membabitkan peristiwa lebih 3000 askar Australia dan British telah berjalan kaki dari Sandakan ke Ranau dan sebahagian diselamatkan oleh orang Dusun Ranau, Kepercayaan Kaum Dusun Tentang Roh.
“ Kalau kita amati filem ini memang menampilkan elemen-elemen keharmonian, keunikan keindahan lebih 10 kaum yang hidup bagaikan sekeluarga yang besar”katanya.
Justeru itu katanya Namatai berpotensi untuk diangkat sebagai filem duta ke luar negara dalam usaha membantu kerajaan mempromosikan produk tarikan pelancong ke negara kita.
Katanya kelebihan Filem Namatai juga antaranya menggandingkan pelakon-pelakon yang terdiri daripada artis tempatan dinegeri ini yang telah mencipta nama dalam pelbagai bidang seni.- Ends