27 C
Kota Kinabalu
Khamis, Januari 22, 2026
ADVERTISEMENTspot_img

Festival Patau-Patau Pelangi julang kesenian komuniti

Titian Pelangi produk pelancongan baharu Kampung Patau Patau Dua.

LABUAN: Festival Patau-Patau Pelangi anjuran Persatuan Seni Visual Labuan yang diadakan di Kampung Patau Patau Dua baru baru ini berjaya mencuri tumpuan masyarakat Labuan sekaligus menjadikan Kampung Patau Patau destinasi produk pelancongan baharu yang kompetitif.

Pengerusi Persatuan Seni Visual Lauan, Azize Mohd Yusof berkata, festival yang julung kali diadakan itu juga menjadi manifestasi murni Persatuan Seni Visual Labuan dalam memartabatkan seni bersama komuniti.

Beliau menenegaskan seni tidak seharusnya terkurung di galeri semata-mata, sebaliknya perlu hidup dan bernafas bersama masyarakat.

“Seni adalah nadi yang memberi nyawa kepada persekitaran, budaya, dan ekonomi komuniti setempat”, katanya ketika ditemui di festival tersebut.

Azize (tujuh dari kanan) bersama tetamu jemputan ketika menyaksikan kraftangan yang dihasilkan oleh komuniti Labuan.

Azize berkata festival itu bukan sahaja mempromosikan produk dan kraftangan tempatan, tetapi juga mengetengahkan bahan kitar semula untuk dijadikan arca dan karya seni sekaligus mengangkat ekonomi tempatan dan memupuk kreativiti komuniti.

Festival yang berlangsung dua hari itu turut mempromosikan projek pelancongan Titian Pelangi: Dari Laluan ke Destinasi sebagai produk pelancongan baharu kampung atas air.

Dengan imej ‘titian pelangi’, projek ini dijangka menjadi daya tarikan dan ikon instagrammable, selain menarik minat pelancong domestik dan antarabangsa yang berkunjung ke Labuan.

Projek ini turut mendapat sokongan daripada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN