32 C
Kota Kinabalu
Selasa, Mac 19, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

FERONA PAIMIN, DIANARIN VAHIDIN, DINOBAT JOHAN SUGANDOI & UNDUK NGADAU KAAMATAN RANAU

FERONA (Kiri) dan DIANARIN (kanan) – kredit foto oleh Jusilin Atam

▪︎

0leh: ADUKA JASNIN SUMAN

RANAU: Ferona Paimin, 25, dan Dianarin Vahidin, 23, masing-masing muncul johan Sugandoi dan Unduk Ngadau Kaamatan peringkat Daerah Ranau yang berlangsung meriah dan patuh SOP di Dewan Masyarakat Ranau, semalam.

Ferona yang mempertaruhkan lagu wajib, Haro Koupusan Nu (Fanzi Ruji) dan lagu pilihan, Mandad Sisimba (Betsy Micheal), membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM1,000, piala, sijil, hamper dan tajaan lagu daripada Mindahu Studio.

Naib Johan disandang Mohd. Sabran Andrew, menerusi lagu wajib, Hiti Noh Masoku (Debra Sia) dan Id Pagandadan (Fabian William), sebagai lagu pilihan. Mohd Sabran memenangi hadiah wang tunai RM800.00, piala, sijil dan hamper.

Barisan pemenang Sugandoi….. (dari kiri)Veronah, Sabran dan Fino- foto oleh Jusilin Atam

Menerusi lagu wajib, Upus Tolidang (Linda Nanuwil) dan lagu pilihan, Kakal Poinggirot (Gedion Hillarius), membolehkan Fino Eltiko Juanis, menduduki tempat ketiga, sekaligus membawa pulang hadiah wang tunai RM500, piala, sijil dan hamper.

Tiga lagi finalis yang tidak kurang hebatnya iaitu Velerice Paimin, Mohd. Fandy James, dan Dave Albero Johumin, terpaksa berpuas hati sebagai pemenang saguhati yang masing-masing menerima hadiah wang tunai RM100, piala, sijil dan hamper setiap seorang.

Johan, naib johan dan ketiga, bakal mewakili tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Parlimen Ranau ke Pertandingan Sugandoi Kaamatan  Peringkat Negeri Sabah 2021, Mei ini.

Menerusi undian, Ferona Paimin akan mewakili DUN Kundasang, Fino Eltiko Juanis (Karanaan), manakala Mohd. Sabran Andrew (Paginatan).

Ratu UNDUK NGADAU…Dianarin (duduk) bersama pemenang naib johan dan ketiga – foto oleh Jusilin Atam

Sementara dalam pertandingan Unduk Ngadau, jelitawan mewakili Kg. Paus, Dianarin Vahidin, 23, dinobatkan sebagai  ratu Unduk Ngadau Kaamatan Peringkat Daerah Ranau 2021.

Dianarin, membawa pulang hadiah wang tunai, piala, selendang, mahkota, sijil penyertaan, jambangan bunga, hamper dan produk kecantikan.

Peserta mewakili Kg. Marakau, Angela Mujin, 25, terpaksa berpuas hati sebagai pemenang naib johan, sekaligus membawa pulang hadiah wang tunai, piala, selendang, sijil penyertaan, jambangan bunga, hamper dan produk kecantikan.

Tempat ketiga disandang peserta mewakili Kg.Bundu Tuhan, Febby Angelica Richard,18 tahun dan turut memenangi hadiah berupa tunai, piala, selendang, sijil penyertaan, jambangan bunga, hamper dan produk kecantikan.

Febby Angelica turut diumumkan sebagai pemenang Miss Favorite menerusi undian Facebook dengan jumlah tanda suka (like) 8,600.

Miss Favorite….Febby Angelica – foto oleh Jusilin Atam

Untuk kategori baju tradisi (Miss Baju Tradisi), barisan juri telah sepakat memilih peserta yang mewakili Kg.Sinarut Baru, Camelia Dina Alfred sebagai pemenang.

Para pemenang saguhati turut menerima hadiah berupa wang tunai, sijil penyertaan, produk kecantikan dan hamper.

Camelia Dina Alfred…pemenang Miss Baju Tradisi

Dalam pada itu, jawatankuasa bersama penganjur Sugandoi dan Unduk Ngadau Kaamatan Ranau 2021, mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan pertandingan itu terutama sekali Pegawai Daerah Ranau, selaku Pengerusi Induk Pesta Kaamatan Daerah Ranau 2021.

Penganjur juga turut mengucapkan terima kasih kepada para penyumbang terdiri ahli-ahli Yang Berhormat (YB) DUN dan Parlimen di daerah ini, iaitu tuan Jonathan Yasin, Datuk Dr.Joachim Gunsalam, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun, Datuk Abidin Madingkir, Datuk Amisah Yassin, dan juga kepada para penaja serta penyumbang individu.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN