25.5 C
Kota Kinabalu
Isnin, Mei 19, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Fahami tujuan penubuhan Koperasi StarSabah Berhad: Robert Tawik

Robert bersama Annuar dan Saiman bergambar dengan anggota Koperasi dan orang ramai yang hadir.

KENINGAU:Anggota-anggota Koperasi StarSabah Berhad khususnya anggota di kawasan DUN Bingkor disaran agar memahami penubuhan Koperasi tersebut

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Bingkor Datuk Robert Tawik @ Nordin berkata, setiap anggota perlu memahami dan memberi komitmen yang sungguh-sungguh terhadap Koperasi.

Katanya, Koperasi Star Sabah Berhad adalah milik semua anggota yang telah berdaftar dan mempunyai saham sekurang-kurangnya RM100.00.

Robert yang juga TImbalan Presiden StarSabah dan Ketua Bahagian StarSabah N.40 Bingkor berkata, Koperasi ini ditubuhkan bagi meningkatkan dan mengukuhkan ekonomi anggota khusus ahli-ahli Parti StarSabah.

Puan Mainah Utad turut menerima Sijil Keanggotaan.

Pembantu Menteri Kerja Raya itu berkata demikian semasa berucap pada majlis Taklimat Dan Gerakan Pendaftaran Anggota Koperasi StarSabah di dewan terbuka Taman Bandukan Riverside baru-baru ini.

Taklimat disampaikan oleh Setiausaha Agung Koperasi StarSabah Datuk Dr. Saiman C. Sandah.

Robert bersama Annuar dan Saiman bergambar dengan anggota Koperasi dan orang ramai yang hadir

Pada masa Robert menggesa ahli-ahli StarSabah di kawasan ini yang belum menjadi anggota Koperasi mendaftar sebagai anggota.Hadir sama, Pengerusi Sabah Energy merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.41 Liawan Datuk Annuar Ayub.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN