29 C
Kota Kinabalu
Rabu, Disember 4, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Fadhlina Sidek lawat SK.Bingkor

Fadhlina dan Robert merakamkan gambar bersama sama sebahagian Guru-Guru Besar Daerah Keningau.

KENINGAU: Pembantu Menteri Kerja Raya Negeri Sabah Merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah N40 Bingkor Datuk Robert Tawik @ Nordin menyambut ketibaan Menteri Pendidikan Malaysia Fadhlina Sidek yang melakukan lawatan kerja Ke SK.Bingkor pada Ahad.

Lawatan kerja Menteri bersama rombongan ini mengambil masa agak singkat,memandangkan jadual perjalanan begitu padat dan masih ada beberapa lokasi lagi yang perlu dilawati.

Dalam lawatan ini, Fadhlina yang diiringi oleh Pengarah Pendidikan Sabah Datuk Raisin Saidin dan Pegawai Pendidikan Daerah Keningau Johari Sabin sempat melawat beberapa bangunan khusus yang memerlukan perhatian,juga sempat melawat Ke Kelas Pendidikan khas & Bilik Sensori S.K Bingkor.

Sebelum meneruskan perjalanan ke lokasi seterusnya Fadhlina sempat menonton persembahan tarian oleh kumpulan pelajar SMK Bingkor yang telah mennjuarai pertandingan Tarian Piala Dunia di Prague Republic Czech baru-baru ini.

Fadhlina secara peribadinya memberikan pujian kepada kumpulan pelajar tersebut dan mengucapkan Tahniah atas kejuaraan mereka di peringkat Dunia,sekaligus mengharumkan Nama Sekolah,Negeri dan Negara Malaysia amnya.

Warga kerja SK Bingkor yang dipimpin oleh Guru Besar sekolah mengucapkan ribuan terima kasih atas lawatan kerja oleh Menteri Pendidikan Malaysia ke Sekolah SK.Bingkor.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN