Ir.Shahelmey (kanan) bertanyakan sesuatu kepada para petugas PPV di dewan masyarakat Ranau diperhatikan Datuk Abidin (tiga kanan) serta anggota rombongan yang lain.
RANAU: Kunjungan Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah merangkap EXCO Kesihatan Negeri Sabah, Ir.Shahelmey Bin Yahya ke tiga Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di tiga lokasi di daerah ini, beri sokongan dan motivasi kepada para petugas Kementerian Kesihatan Malayasia (KKM) dalam menjaya Imunisasi vaksin (suntikan dos 1 dan dos 2) Covid-19, yang dikendalikan Jabatan Kesihatan dan sukarelawan daerah Ranau.
Lokasi pertama yang dikunjunginya ialah, Mobilisasi Vaksin Komuniti (MOVAK), anjuran Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Sabah di Dewan Mini Kg.Bongkud, dan PPV Dewan Masyarakat Ranau seterusnya ke PPV Klinik Kesihatan Kundasang sebelum bertolak balik ke Kota Kinabalu pada sebelah petangnya.
Sempena lawatan tersebut, Ir. Shahelmey berpuashati dengan persediaan mengendalikan imunisasi vaksin di tiga PPV tersebut dan mengharapkan kepada rakyat di Ranau supaya memanfaatkan kemudahan yang ada itu dengan kakitangan yang bersedia membantu mengendalikan suntikan bagi mengekang pandemik Covid-19 yang kini belum berakhir.
Lawatan sehari tersebut, turut diiringi Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paginatan, Datuk Abidin Madingkir, Ketua Pegawai Perhubungan Parlimen Ranau, Benedict Gunda yang mewakili Ahli Parlimen Ranau, Jonathan Yasin, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN dilantik), Datuk Amisah Yassin, Pegawai Daerah Ranau, Syahrin Bin Samsir, PPM Paginatan, Mohd.Hisyamuddin Bin Harun serta para pegawai dari JPNIN Sabah dan Ranau.