32 C
Kota Kinabalu
Selasa, Oktober 14, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Ewon terima kunjungan hormat Pesuruhjaya Tinggi Singapura

Vanu Gopala Menon menandatangani buku pelawat sambil disaksikan Ewon (kiri)

PUTRAJAYA: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick, menerima kunjungan hormat Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia, Tuan Yang Terutama Vanu Gopala Menon, di pejabatnya di Putrajaya, hari ini.

Pertemuan tersebut membincangkan kerjasama dua hala dalam agenda pembangunan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).

Ewon berkata, ketika ini, SME Corp Malaysia, agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), menjalin kerjasama dengan Enterprise Singapore menerusi Memorandum Persefahaman (MoU) yang telah ditandatangani sebelum ini.

“Saya juga menghargai minat Singapura terhadap potensi ekonomi di Sabah dan Sarawak,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Hadir sama dalam pertemuan tersebut ialah Ketua Setiausaha KUSKOP, Dato’ Sri Khairul Dzaimee Daud; Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp, Rizal Nainy; dan Setiausaha Bahagian Dasar dan Antarabangsa KUSKOP, Mohamad Mahil Ahmad.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN