33 C
Kota Kinabalu
Isnin, Disember 2, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Ewon Tangguh Majlis Resepsi

Oleh: Marryan Razan

KOTA KINABALU: Majlis resepsi perkahwinan Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Ewon Benedick dan isterinya, Connie Parantis yang dijadualkan pada 18 April ini ditunda ke satu tarikh baharu kelak.

Menurut Ewon, penundaan tersebut mengambilkira banyak faktor terutama usaha membendung penularan pandemik Covid-19.

Ewon menambah, upacara pemberkatan perkahwinan di gereja juga ditangguh atas nasihat ahli-ahli keluarga.

“Kami mengucapkan terima kasih kepada semua rakan yang menyampaikan ucapan dan doa,” katanya dalam kenyataan ringkas pada Khamis.

Ewon dan Connie yang bertunang pada November tahun lepas telah disahkan sebagai pasangan suami isteri oleh Mahkamah Anak Negeri Kota Belud pada 20 Februari 2020. –TAMAT

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN