27.3 C
Kota Kinabalu
Khamis, Mac 27, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Ewon Ebin bersama penyokong PCS Ranau dan lebih 7 ribu yang lain sertai PBRS

Gambar atas: Kurup (tengah) menerima borang keahlian ke PBRS daripada Ewon sambil diperhatikan yang lain

RANAU: Kira-kira 7,200 penyokong Parti Cinta Sabah (PCS) diketuai bekas Ahli Parlimen Ranau Datuk Dr Ewon Ebin berikrar taat setia kepada Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) melalui eksodus en-blok ke parti itu di sini pada Isnin.

Perpindahan itu disempurnakan dalam satu majlis yang diadakan di Dewan Masyarakat Ranau di mana mereka disambut dan diterima oleh Presiden PBRS Datuk Seri Panglima Joseph Kurup, bersama ahli parti lain serta beberapa muka yang dikenali.

Berucap pada majlis itu, Timbalan Presiden PBRS, Datuk Arthur Joseph Kurup berkata PBRS terus mendapat kepercayaan rakyat, optimis mampu memulihkan kestabilan politik dan pemulihan ekonomi negara.

“Perkembangan politik Sabah menunjukkan sokongan rakyat terhadap parti ini sebagai salah satu parti tempatan yang sudah lama wujud di negeri ini yang juga satu-satunya parti tempatan Sabah dalam gabungan Barisan Nasional (BN), masih semakin kukuh.

“Seluruh kawasan parlimen di Sabah sedang giat diperluaskan. Kemasukan 7,200 ahli baharu di kawasan parlimen P179 Ranau dan 700 ahli baharu di kawasan Limbahau, Kuala Penyu, Membakut dan Sindumin menandakan parti itu semakin mendapat tempat di hati rakyat.

“Penyertaan pemimpin Sabah dalam PBRS juga menunjukkan mereka amat yakin dengan perjuangan dan hala tuju parti, yang sentiasa konsisten menyuarakan kepentingan dan hak rakyat Sabah sama ada dalam Kerajaan atau pembangkang,” katanya.

Arthur, Joseph, Ewon dan lain-lain menunjukkan tanda bagus atas majlis itu

Arthur yang juga Timbalan Menteri Kerja Raya berkata dalam tempoh dua tahun ini, negara mengalami pelbagai cabaran luar biasa seperti krisis kesihatan, krisis ekonomi dan krisis politik. Ini, katanya, telah mengakibatkan ketidakstabilan dalam negara.

“Hari ini Negara kita memerlukan kestabilan dan perpaduan daripada semua untuk kita maju. Kerana itu saya amat percaya bahawa Barisan Nasional adalah pilihan terbaik untuk memulihkan kestabilan yang amat diperlukan.

“Justeru, PBRS optimis untuk terus berusaha memperjuangkan pembangunan dan kemajuan Sabah. Marilah kita “Misompuru” atau bersatu memperkasakan parti ini dan maju ke hadapan demi kecemerlangan rakyat Sabah,” katanya.

Hadir sama, bekas Presiden PCS dan bekas Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Panglima Wilfred Mojilip Bumburing, Ketua UMNO Bahagian Ranau, Junaidi Sahat, Ketua MCA Bahagian Ranau, Tham Yin Enn dan lain-lain.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN