Wakil PIBG sekolah yang hadir dalam sesi bergambar bersama Aisyah (tengah)
RANAU: Enam Persatuan Ibu Bapa dan Guru sekolah menerima Anugerah Khas Cemerlang sempena Hari Terbuka Pejabat Pendidikan Daerah Ranau yang berlangsung di Perkarangan Bangunan Kompleks Pentadbiran Persekutuan, di sini baru-baru ini.
Penerima tersebut terdiri daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan Bundu Tuhan, PIBG Sekolah Menengah Kebangsaan Mat Salleh, PIBG Sekolah Kebangsaan Kundasang, PIBG Sekolah Kebangsaan Mesilou, PIBG Sekolah Kebangsaan Kilimu dan PIBG Sekolah Kebangsaan Nunuk Ragang.
Menurut Pegawai Meja Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan Penglibatan Ibu Bapa Komuniti (PIBK), Pejabat Pendidikan Daerah Ranau, Puan Siti Aisyah binti Mat Saad, penganugerahan Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) adalah berdasarkan kepada sumbangan mengadakan berbagai program dan pengurusan PIBG yang cemerlang.

Datuk Masidi ketika menyampaikan sijil bersama Foo Lee Yen (TPPD) dan Jumain
Turut menerima sijil penganugerahan ialah rakan strategik Pejabat Pendidikan Daerah Ranau iaitu Pejabat Daerah Ranau, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Ranau, Hospital Daerah Ranau, Balai Polis Ranau, RHB Kota Kinabalu, BSN Cawangan Ranau, Bank Rakyat Kota Marudu dan CIMB Bank Cawangan Ranau.
Sijil penganugerahan telah disampaikan oleh Menteri Kerajaan Tempatan Dan Perumahan Merangkap Menteri Kewangan II Negeri Sabah, YB Datuk Seri Panglima Haji Masidi Manjun.