31 C
Kota Kinabalu
Selasa, Mac 18, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Enam kenderaan rosak, dua cedera ringan dalam kebakaran rumah di Labuan

Keadaan rumah yang terbakar

LABUAN: Enam buah kenderaan mengalami rosak teruk dan dua penghuni mengalami cedera ringan melecur Bahagian bahu dalam kebakaran dua buah rumah di Kampung Ranggu Jalan Rancha Rancha di sini, semalam.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Labuan, Abdul Rahman Ali berkata, pihaknya menerima panggilan 2.32 pagi.

Menurutnya sebalik menerima panggilan 19  anggota dari Balai Bomba Rancha Rancha Dan Balai Bomba Sentral telah digerakkan kelokasi kejadian.

“Kebakaran melibatkan dua buah rumah yang sebuah daripadanya musnah 100 peratus manakala sebuah lagi musnah 90 peratus.

Kenderaan yang terbakar.

“Turut terbakar dalam kejadian itu enam buah kenderaan yang melibatkan kereta jenis Proton, Saga, Proton Iswara, Honda CR-V, Toyota Hilux Dan sebuah  Van  Nissan,” katanya dalam satu kenyataan media pagi ini.

Jelasnya lagi, dua individu penghuni rumah berkenaan yang masing masing berumur 20 dan 38 tahun mengalami kecederaan ringan melecur di bahu.

Kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya kira kira jam 4.27 pagi dan punca kebakaran masih dalam siasatan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN