30 C
Kota Kinabalu
Khamis, Januari 23, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Enam keluarga mangsa bencana terima Wang Ehsan PL

PENERIMA…… penerima wang ehsan bergambar kenangan bersama Bashir (tiga dari kanan), Dr. Fary (empat dari kiri) dan Mohd Dzulfaizal (dua kiri).

LABUAN Enam buah keluarga yang ditimpa musibah bencana alam baru-baru ini menerima bantuan wang ehsan dan Kit Makanan sumbangan Perbadanan Labuan.


Majlis penyampaian bantuan wang ikhsan itu telah disempurnakan oleh Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Bashir Alias yang diadakan di Tingkat 4, Wisma Perbadanan Labuan, pada Jumaat.


Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan Dr. Fary Akmal Osman, Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon Labuan, Mohd Dzulfaizal Ab. Manan dan para pemimpin masyarakat tempatan.

SERAH…. Bashir (dua kanan) menyerahkan wang ehsan kepada Yussof Yacob sambil diperharikan Dr, Fary (tiga kiri), Mohd Dzylfaizal (kanan sekali) dan Ketua Kampung Durian Tunjung Abu Bakar Yussof (kiri sekali)


Mereka yang menerima wang ikhsan antara RM500 hingga RM2,000 itu terdiri daripada Yacob Yussof dari Kampung Durian Tunjung (kerosakan atap akibat angin ribut), Angeline Haffenden dari Kampung Batu Arang (kebakaran rumah), Wong Tock Yan @ Mariah Abdullah dari Kampung Kilan Pulau Akar (kerosakan atap akibat angin ribut), Mohd.

Yusof Latif dari Kampung Kilan Pulau Akar (rumah dihempap pokok), Hamidon Hussien (kerosalan atap akibat angin ribut) dan Puan Raidah Abd. Ghani (kerosakan kakilima rumah roboh akibat angin ribut). Kedua dua mereka dari kampung Rancha-Rancha.


Sementara itu, Bashir yang juga Pengerusi Ahli Majlis Penasihat Perbadanan Labuan berharap dengan adanya bantuan wang ikhsan daripada Perbadanan itu akan dapat meringankan beban ahli keluarga yang dirimpa musibah.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN