33 C
Kota Kinabalu
Khamis, September 19, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Empat tarik nafas lega selepas menerima Rumah SMJ

Abidin menandatangani plak penyerahan Rumah SMJ kepada salah seorang penerima


RANAU: Sebanyak empat keluarga di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Paginatan menarik nafas lega apabila masing-masing akhirnya menerima kunci bantuan Rumah SMJ mereka di sini baru-baru ini.


Empat penerima terdiri daripada Saiful Abli Bin Rubin dari Kg Kaligan, Lohan, Alisah @Azurah Bte Amit (Kg Lohan), Safiah Aminuddin (Kg Randagung Baru) dan Nur Alfirmi Lazarus (Kg Poring).


Penyerahan kesemua kunci Rumah SMJ itu dilakukan Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah merangkap Adun N38 Paginatan, Datuk Abidin Madingkir.


Salah seorang penerima, Saiful yang ditemui selepas penyerahan itu bersyukur dengan bantuan itu dan merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri yang begitu prihatin terhadap nasib rakyat.


Seorang lagi penerima Rumah SMJ, Alisah mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri dan juga wakil rakyat negeri Paginatan, Datuk Abidin Madingkir kerana memilih beliau sebagai salah seorang penerima Rumah SMJ.


Dua lagi penerima Rumah SMJ Safiah dan Nur Alfirmi turut merakamkan ucapan terima kasih kepada kerajaan GRS khususnya Datuk Abidin atas kebaikan mereka merealisasikan impian memiliki kediaman yang lebih selesa.


Sementara itu, Abidin yang ditemui media selepas menyerahkan kunci Rumah SMJ kepada empat penerima di Mukim Lohan berkata, kerajaan GRS sentiasa prihatin terhadap rakyat yang memerlukan bantuan.


ā€œKami ingin menegaskan bahawa di bawah Kerajaan GRS pimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Hj Nor, Kerajaan Negeri telah melaksanakan bantuan perumahan SMJ kepada keluarga yang memerlukan sebanyak 20 unit setahun bermula 2022.


ā€œIni merupakan inisiatif Kerajaan Negeri membina rumah untuk golongan kurang bernasib baik selain bantuan perumahan PPRT,ā€ katanya.


Abidin berharap kesemua 60 unit Rumah SMJ yang telah diluluskan sehingga 2024 dapat disiapkan mengikut jadual agar dapat diserahkan kepada penerima secepat mungkin.


Kerajaan Sabah melancarkan program Rumah Mesra SMJ pada 28 September sebagai inisiatif untuk mengeluarkan rakyat daripada belenggu kemiskinan dan menyediakan rumah mampu milik untuk golongan B40.


Pemberian rumah secara percuma kepada orang yang mempunyai rumah bernilai RM70,000 seunit.


Rumah Mesra SMJ menggunakan konsep Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) bagi membantu rakyat yang berada di bawah paras kemiskinan di Sabah memiliki rumah secara percuma.


Turut hadir pada majlis itu ialah Penolong Pegawai Daerah Marcelus Joanes, Pemimpin Kemajuan Masyarakat (PPM) Paginatan Hishamuddin Harun, Pegawai Khas Datuk Abidin Madingkir Juis Konsuling dan lain-lain.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN