26 C
Kota Kinabalu
Khamis, Julai 18, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Empat rumah Ibadat di Labuan sertai Sambutan  Minggu Keharmonian antara Agama Sedunia 2024

Para peserta bergambar kenangan di hadapan Kuil Gurdwara Sahib Labuan.

LABUAN: Empat buah rumah ibadat di pulau  ini menyertai Sambutan Minggu Keharmonian Antara Agama Sedunia 2024 peringkat Wilayah Persekutuan Labuan.

Empat buah rumah ibadat yang menyertai sambutan yang diadakan pada minggu pertama bulan Febuari setiap tahun itu ialah  The Church of Holy Savior, Church of The Blessed Sacrament, Kuil Gurdwara Sahib Labuan dan Masjid Jamek An Nur Labuan.

Program anjuran Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional (JPNIN) Labuan itu telah dirasmikan oleh  Setiausaha Bahagian Dasar dan Hubungan Antarabangsa, Kementerian Perpaduan Negara, Ismail Mokhtar di perkarangan Masjid Jamek An Nur pada Sabtu.

Turut hadir, Timbalan Pengerusi Perbadanan Labuan, Simsudin Sidek, Pengarah Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional Labuan, Esther Dingkawan.

Terdahulu sebelum itu, Ismail  dan Simsudin bersama para pemimpin  pelbagai agama menyertai acara ‘Harmony Ride’  dengan menjelajah empat buah rumah ibadat bermula di The Church of Holy Savior dan berakhir di Masjid Jamek An Nur sebagai tanda kesatuan dan kebersamaan menyebarkan toleransi dan keharmonian beragama disamping mengukuhkan perpaduan sejagat.

Dalam siri jelajah itu mereka berpeluang mendengar taklimat mengenai latar belakang rumah ibadat masing-masing.

Ismail ketika berucap merasmikan program tersebut beerkata, Kementerian Perpaduan komited untuk menjayakan Inisiatif Harmoni Madani yang akan dilaksanakan pada tahun ini dengan objektif memperkukuhkan keharmonian masyarakat Malaysia yang pelbagai kaum mahupun berbeza anutan agama dan kepercayaan agar dapat hidup dalam landskap sosial yang lebih harmoni.

“Melalui pelaksanaan program ini, Kementerian dapat menggalakkan persefahaman antara budaya dan agama yang merupakan dimensi penting dalam budaya keamanan.

“Sambutan Minggu Kaharmonian Antara Agama Sedunia tahun 2024 juga merupakan pencetus kepada semua program di bawah inisiatif Harmoni Madani yang akan dilaksanakan pada tahun ini” katanya.

 

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN