27 C
Kota Kinabalu
Ahad, Mac 16, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Empat pelajar terima sumbangan kewangan untuk melanjutkan pengajian

Robert (tengah)semasa menyampaikan sumbangan kepada pelajar yang mendapat tawaran di Kuala Lumpur City College.

KENINGAU:Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Bingkor Datuk Robert Tawik @ Nordin menyampaikan sumbangan kewangan kepada empat pelajar yang melanjutkan pengajian di Kuala Lumpur City College.

Mereka terdiri daripada Wilboard Pair, Scanilius Bede, Doralesia Dunson dan Jayvieniva Allieysha Chean.

Kesemua mereka berasal daripada Kampung Magatang Keningau.

Semasa ditemui selepas menerima sumbangan itu, keempat-empat pelajar itu mengucapkan terima kasih kepada Robert atas sumbangan tersebut.

“Dengan ada sumbangan tersebut dapatlah meringankan bebanan perbelanjaan permulaan kami” kata mereka.

Sementara itu selepas menyampaukan sumbangan itu kelmarin, Robert yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya menasihatkan kepada para pelajar agar teruskan semangat dan kerja keras untuk menggapai cita-cita masing-masing.

Beliau berharap semoga sepanjang melanjutkan pelajaran dipermudahkan dan berjaya mendapat keputusan yang cemerlang seperti yang diharapkan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN