26.1 C
Kota Kinabalu
Rabu, Julai 16, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

DUN Sabah terbubar sendiri 11 Nov ini – Speaker

Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah Ke-16 akan terbubar secara sendiri pada 11 Nov ini sekiranya DUN tidak dibubarkan sebelum tarikh itu, kata Speaker DUN Sabah Datuk Seri Kadzim M Yahya.

Kadzim berkata tempoh lima tahun DUN Sabah dikira bermula dari tarikh persidangan pertama DUN Sabah Ke-16 iaitu pada 12 Nov 2020, justeru tempoh tamat penggal lima tahun itu adalah pada 11 Nov ini.

Beliau berkata berlaku salah faham dalam kalangan masyarakat mengenai tarikh DUN Sabah akan terbubar secara sendiri dengan menganggap permulaan tempoh lima tahun DUN Sabah adalah pada tarikh mengundi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-16 pada 26 Sept 2020, atau 22 Sept 2020 untuk undian awal. -Bernama

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN