27 C
Kota Kinabalu
Ahad, Mac 16, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

DUN N.38 PAGINATAN 1:10 CRAWLER FUNRACE 2022 DAPAT SAMBUTAN BAIK

Gambar atas: Sebahagian kereta kawalan jauh 4×4 mini yang menyertai pertandingan di Damai Eco Ranch, baru-baru ini.

RANAU: Gabungan Belia Daerah Ranau (GBR) dengan kerjasama Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) N.38 Paginatan dan Kelab Killar RC berjaya menganjurkan program “DUN N.38 Paginatan 1:10 Crawler Funrace 2022”

Program yang dijalankan pada Ahad lalu bertempat di Damai Eco Ranch, dekat Kampung Lohan, telah mendapat sambutan lebih 40 penyertaan dalam kalangan peminat sukan permainan kereta kawalan jauh (RC).

Pada program itu, telah diadakan pertandingan RC jenis pacuan empat roda mini anjuran Killar RC yang diadakan secara tertutup tajaan Damai Eco Ranch

Pengendali RC, Syahrul Nizam muncul johan selepas menewaskan peserta lain, manakala Ikhwan Salleh dan Hilary Wong, masing naib johan dan ketiga.

Salah seorang peserta sedang mengawal RC miliknya

Tempat keempat menjadi milik Endra Sahri dan Chong Khien Yung, terpaksa berpuas hati di tempat Kelima.

Pemenang telah menerima hamper dan sijil manakala setiap peserta turut diberikan sijil penyertaan.

Sementara itu, Pengerusi Gabungan Belia Daerah Ranau, Syukri Saridih, berkata pihak penganjur amat berbesar hati dengan penglibatan belia-belia daerah ini yang menunjukkan minat dalam permainan kereta kawalan jauh (RC Crawler).

Katanya, RC Crawler ialah kenderaan pacuan empat roda (4X4) kawalan jauh berskala 1:10 dari kenderaan saiz sebenar.

Syukri…berdiri kedua kanan, bergambar bersama sebahagian peserta dan penganjur

Sukan atau permainan katanya menawarkan keseronokan mengendalikan kenderaan pacuan empat roda meskipun menggunakan alat kawalan jauh!

“Kenderaan tersebut dikawal secara frekuensi radio menggunakan motor elektrik sepenuhnya dengan pilihan rangka “rig” mengikut model pacuan empat roda sebenar.

“Justeru, aktiviti sebegini adalah baik untuk para belia kerana disamping mampu menguji bakat dan kemahiran individu, ianya juga mampu mengisi masa lapang para belia dengan aktiviti yang bermanfaat, katanya.

Mengulas lanjut, Syukri berkata, tema pertandingan iaitu “Time Attack – Solo Challenge” telah dipilih kerana format pertandingan sebegini mampu menguji ketangkasan dan minda para peserra dalam mengawal dan mengkoordinasi kereta kawalan jauh tersebut

Syukri (kanan) menyampaikan hadiah kepada salah seorang pemenang

“Pertandingan sehari itu menuntut komitmen dan disiplin peserta yang tinggi lebih-lebih lagi terpaksa bersama-sama kenderaan meredah beberapa lokasi mencabar.

“Penganjur telah menyediakan laluan yang cukup mencabar namun mereka mampu menunjukkan bakat dan kemahiran tersendiri,” katanya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN