25 C
Kota Kinabalu
Khamis, Januari 23, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Dua warga tempatan ditahan polis kerana disyaki miliki dadah seberat lebih

Kedua dua suspek ketika dibawah ke Mahkamah Majestrit Labuan pagi Sabtu.

LABUAN: Dua warga tempatan ditahan polis kerana disyaki memiliki dadah jenis syabu di sebuah rumah di Taman Perumahan Mutiara dekat sini, pada Jumaat.


Kedua dua suspek yang melibatkan seorang lelaki berumur 24 tahun dan seorang wanita berumur 31 tahun ditahan kira kira jam 12.40 tengah hari dalam sebuah rumah sewa di Taman Perumahan tersebut.


Hasil daripada tangkapan itu, pihak polis menemukan dadah dipercayai jenis syabu dengan anggaran berat 425.18 gram yang diletakkan di atas meja rumah berkenaan.


Susulan tangkapan itu kedua dua suspek yang turut didapati positif dadah ditahan reman selama 6 hari sehingga 10 Januari untuk membantu siasatan.


Permohonan reman dibuat oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Muhamad Shakiman dihadapan Hakim Mahkamah Majestrit Labuan, Kasfurrahman Abang Ahmad, pada pagi Sabtu.
Kedua dua suspek dituduh di bawah Seksyen 39(B)(1)(a) Akta Dadah Berbahaya.

Jika sabit kesalahan boleh di hukum mati atau penjara seumur hidup serta tidak kurang 15 sebatan mengikut Seksyen 32B(2) Akta Dadah Berbahaya 2952.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN