26 C
Kota Kinabalu
Selasa, Oktober 22, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Dua rumah musnah dijilat api

Aggota bomba semasa memadam kebakaran


RANAU: Dua keluarga di sini kehilangan segala-galanya selepas kediaman dan harta benda mereka musnah dalam kebakaran dekat sini pagi Ahad.


Ketua Balai Bomba Ranau, PPgB Ridwan Bin Mohd Taib berkata, kejadian berlaku di Kg Lembah Permai, Kundasang, kira-kira jam 11.50 pagi.


“Panggilan diterima menerusi talian MERS999 pada jam 11.55 pagi dan sekumpulan 7 anggota bomba diketuai Komander Operasi, PBK II Mastin Suli bergegas ke lokasi.


“Setiba di lokasi kejadian yang terletak 16 kilometer dari balai, kami mendapati berlaku kejadian kebakaran membabitkan dua rumah separuh kekal 2 tingkat.


“Rumah pertama berukuran 60×60 kaki dan rumah kedua berukuran 20×30 kaki. 90 peratus daripada kedua-dua rumah terbakar,” katanya.


Tambah Ridwan, Bomba melakukan operasi pemadaman menggunakan tiga semburan 200 kaki, dan sumber air dari jentera bomba dan air terbuka.


Beliau berkata kebakaran berjaya dikawal pada jam 1.02 tengah hari dan kerja baik pulih terus dilakukan di tempat kejadian.


Menurut Ridwan, tiada mangsa dilaporkan terlibat, manakala punca kebakaran serta kerugian yang dialami masih dalam siasatan.


Beliau mengulangi seruan kepada orang ramai supaya lebih berhati-hati dengan kejadian kebakaran terutama pada musim angin berangin sekarang.


“Orang ramai perlu mengutamakan keselamatan terlebih dahulu kerana kebakaran di kawasan lapang mudah menjadi tidak terkawal dan boleh menjadi bencana dengan risiko kehilangan aset berharga, rumah dan juga nyawa.


“Sekiranya terdapat pembakaran terbuka yang tidak dapat dielakkan, ia mesti dipantau dan dikawal, bagi mengelak api merebak ke kawasan berhampiran,” katanya.


Menurut Ridwan, sebarang kecemasan Bomba atau perkhidmatan Khas boleh menghubungi BOMBA RANAU di talian 24 jam (088-878779), talian hotline 019-2449348 atau mendail 999.


Beliau berkata, setiap anggota bomba dan penyelamat di daerah ini bersiap siaga dan bersedia bertindak terhadap sebarang kejadian kebakaran di daerah ini memandangkan keadaan berisiko tinggi berlaku ketika ini.

PIX
1 – Rumah semasa kejadian kebakaran pada hari Ahad
2 – Anggota bomba sedang memadamkan kebakaran dalam kejadian di sini pada Ahad

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN