24 C
Kota Kinabalu
Isnin, Januari 13, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Dua pemain bola sepak Labuan dipanggil sertai kem latihan pasukan Bawah 21 Kebangsaan

Nureikhan Isa , Syahmi Idris

LABUAN: Dua pemain  bola sepak Labuan dipanggil untuk menyertai Kem Latihan pasukan Bawah 23 Kebangsaan dan Bawah 21 Sabah.


Mereka masing-masing ialah  Nureizkhan Isa, 22, dari Kg Sg Lada dan Mohd Syahmi Idris, 21, dari Kg Sg Buton.

Syahmi Idris

Nureizkhan, dari Pusat Latihan Daerah (PLD)  SMK Mutiara dan bekas penuntut  Kolej Vokasinal Labuan (KVL) akan menyertai latihan berpusat sebagai persediaan menghadapi kejohanan Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) B-23 2022 di Phnom Penh, Kemboja, yang dijadualkan berlangsung dari 14-26.


Manakala, Mohd Syahmi dari PLD SMK Mutiara dan  bekas penuntut di SMK Pantai  yang juga bermain di posisi tengah, telah dinamakan antara 30 pemain untuk pasukan B-21 Kelab Bola Sepak Sabah untuk musim 2022.


Presiden Persatuan Bola Sepak Labuan Sophian Said berkata pemilihan kedua-dua pemain Labuan itu adalah satu pengiktirafan kepada bakat tempatan.

Nureikhan Isa


Beliau berkata Nureizkhan adalah pemain skuad B-21 Sabah dan kini sedang mengikat  kontrak dengan pasukan B-23 Sabah FC.


“Nureizkhan telah menandatangani kontrak dengan Sabah FC tahun lepas untuk bermain bersama pemain senior negeri, kami berharap ini akan menjadi contoh kepada pemain muda di Labuan,” katanya kepada media di sini.


Selain itu katanya, Mohd Syahmi adalah salah seorang daripada tiga pemain Labuan ayang dicalonkan untuk ujian pemilihan bersama lebih 50 pemain dari seluruh Sabah sebagai persediaan menghadapi Piala Presiden iaitu untuk pemain Bawah 21 dan dijadualkan berlangsung dari 24 Feb hingga 14 Julai.



ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN