Olivia mewakili Robert menyampaikan sumbangan kepada Peter yang mewakili anaknya Malcom yang akan melanjutkan pengajiannya UNIMAS.
KENINGAU:Dua pelajar yang berjaya melanjutkan pengajian di Universiti masing-masing mendapat sumbangan kewangan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Bingkor Datuk Robert Tawik @ Nordin.
Mereka ialah Malcom Peter dari Kampung Nuntunan Apin-Apin yang mendapat tawaran di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)dan Melvina Affendy dari Kampung Naaba Baru,Bunga Raya yang mendapat tawaran di North Borneo University College(NBUC).
Sumbangan kepada Malcom disampaikan oleh Pembantu Khas Kepada ADUN Bingkor Puan Olivia Justin mewakili Robert yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya.
![](https://www.borneodailybulletin.com/wp-content/uploads/2021/09/IMG-20210901-WA0044.jpg)
Bidin menyampaikan sumbangan Puan Catherine ibu kepada Melvina Affendy yang akan melanjutkan pengajiannya di Kolej NBUC.
Sementara itu sumbangan kepada Melvina disampaikan oleh Kakitangan Pejabat UPPM Bingkor Rahman Bidin.
Ibu bapa kedua-dua pelajar berkenaan mengucapkan terima kasih kepada Robert atas keprihatinan dan keikhlasan menghulurkan sumbangan tersebut.
Peter Masitol yang mewakili keluarga kedua-dua pelajar itu berkata, dengan adanya sumbangan tersebut sedikit sebanyak dapat meringankan beban mereka untuk membiayai pengajian di Universiti.