SIMBOLIK Rithuan ( tiga dari kiri) bersama pegawai dari KPDN Labuan ketika melancarkan secara simbolik pJualan Rhamah di Bataras Hypermarket Batu Arang.
LABUAN: Dua buah pasaraya Bataras Hypermarket Batu Arang dan Family Mart Shopping Mart Sungai Bedaun dipilih sebagai lokasi Jualan Rahmah peringkat Labuan.
Majlis pelancaran Jualan Rahmah peringkat Labuan telah di sempurnakan oleh, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Rithuan Mohd Ismail yang diadakan di Bataras Hypermarket Batu Arang, pada Rabu.
Rithuan ketika bercakap kepada pemberita berkata, program Jualan Rahmah merupakan salah satu inisiatif Kerajaan Perpaduan menerusi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) dan Kos Sara Hidup yang bertujuan untuk membolehkan orang ramai mendapatkan barangan keperluan dengan harga yang lebih murah dari harga pasaran.

RITHUAN (dua dari kiri) ketika melancarkan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Hari Raya Puasa.
Beliau berkata, pelaksanaan program tersebut membabitkan subsidi kerajaan sebanyak RM40,000.
Sebanyak 15 jenis barangan telah disenaraikan sebagai Jualan Rahmah antaranya beras, minyak masak, bawang merah, bawang besar, telur ayam, paha ayam, kepak ayam, ikan dan daging lembu.
“Program yang berlangsung selama dua hari ini sangat-sangat membantu dalam mengurangkan bebanan warga Labuan khususnya golongan B40 yang akan menyambut Aidilfitri” katanya.
Turut dilancar pada majlis itu ialah Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Hari Raya Puasa 2023 yang berkuatkuasa dari 15 hingga 30 April.
Skim itu melibatkan 30 jenis barangan termasuk enam jenis barangan daripada kategori ayam dan telur di bawah penentuan Harga Maksimum Ayam dan Telur Ayam yang sedang berkuatkuasa sejak 5 Febuari lalu.