26 C
Kota Kinabalu
Rabu, Januari 7, 2026
ADVERTISEMENTspot_img

Dua maut dalam kemalangan 4WD dan motokar di Penampang

Keadaan kenderaan terlibat kemalangan


PENAMPANG: Dua penumpang motokar disahkan maut dalam satu kemalangan jalan raya melibatkan sebuah kenderaan pacuan empat roda (4WD) dan sebuah motokar di persimpangan lampu isyarat Sabindo, Jalan Kota Kinabalu–Papar, awal pagi Ahad.


Ketua Polis Daerah Penampang, Superintendan Sammy Newton, berkata kejadian kira-kira jam 4 pagi itu disahkan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah Penampang.


Menurutnya, siasatan awal mendapati kemalangan melibatkan sebuah 4WD yang dipandu lelaki tempatan berusia 36 tahun bersama seorang penumpang wanita tempatan berumur 27 tahun, dan sebuah motokar yang dipandu seorang lelaki tempatan dengan empat penumpang berusia antara 17 hingga 21 tahun.


“Hasil siasatan awal di tempat kejadian mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila motokar terbabit memasuki persimpangan lampu isyarat lalu bertembung dengan kenderaan 4WD yang sedang bergerak lurus,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Beliau berkata, akibat perlanggaran itu, seorang penumpang motokar berusia 21 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala seorang lagi penumpang berusia 17 tahun meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth I.


Tambahnya, pemandu motokar serta beberapa penumpang lain mengalami kecederaan parah dan kini dirawat di hospital, manakala pemandu 4WD tidak mengalami kecederaan serius dan penumpangnya turut menerima rawatan.


Polis masih meneruskan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN