Dua anggota penguatkuasa setibanya di Mahkamah Majestrit Labuan untuk tahanan reman
Labuan: Dua anggota penguatkuasa sebuah jabatan kerajaan di sini ditahan reman 4 hari oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki meminta dan menerima rasuah antara RM4,800 dan RM15,000.
Kedua-dua suspek berusia antara 39 hingga 44 tahun didakwa menerima rasuah untuk mengelak daripada memeriksa lori mengangkut makanan basah dari Labuan ke Menumbok, Sabah.
Majistret Kasyfurrahman Abang Ahmad membenarkan perintah reman itu, berkuat kuasa hari ini hingga 12 Mei .
Siasatan awal mendapati kesalahan itu dilakukan antara 2021 dan 2022. Suapan itu didakwa diberikan bagi mengelak pemeriksaan ke atas trak milik Syarikat FT Food PLT Labuan, yang membawa makanan basah Dari Labuan ke Menumbok Sabah.
Kes disiasat di bawah Sekyen 17 (a) Akta SPRM 2009.