30.8 C
Kota Kinabalu
Selasa, Julai 15, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Dua ahli DAP Keningau tinggalkan parti sertai STAR.

Michael Ng (tiga dari kiri)menyerahkan borang kepada Junior. Turut kelihatan Nelson (dua dari kiri).

KENINGAU:Dua ahli DAP Keningau tinggalkan parti pimpinan Lim Kit Siang itu dan menyertai parti StarSabah.

Mereka ialah Foh Su Ming @ Nelson Manjin dan Michael Ng Hung Kee masing-masing menyerahkan borang keahlian kepada Setiausaha Bahagian StarSabah  N.40  Bingkor  Junior Fred Vincent di Pejabat ADUN Bingkor hari ini.

Kedua-dua bekas ahli DAP itu menyatakan, mereka menyertai StarSabah kerana tertarik perjuangan Presiden StarSabah Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey Kitingan dan kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Turut hadir menyaksikan penyerahan borang itu adalah Jesariah Charles Kimin daripada Pejabat Perhubungan Parlimen P180 Keningau.

Junior yang juga Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM)Bingkor yang mengalu-alukan penyertaan dua bekas ahli DAP itu mengucapkan tahniah kepada mereka kerana memilih parti StarSabah sebagai landasan untuk meneruskan perjuangan.

Beliau juga yakin akan lebih ramai lagi ahli-ahli DAP dan parti-parti pembangkang yang lain akan menyertai StarSabah.

Pada Ahad lepas Naib Presiden Upko Datuk Dr. Lucas Umbul tinggalkan parti itu dan menyertai StarSabah.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN