Dr ZULKIFLI ketika bercakap kepada media selepas menyampaikan ucapan pada majlis Amanat bersama kakitangan agensi kerajaan di bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)
LABUAN: Usahawan kosmetik Muhammad Sajjad Kamarzzaman yang lebih dikenali sebagai Nur Sajat dinasihatkan supaya segera menemui Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bagi mengendurkan situasi dan suasana kearah yang lebi baik.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata isu yang telah diwar-warkan sebelum ini sebenarnya boleh diselesaikan secara baik.
“Saya ingin menasihatkan saudara Sajat supaya berjumpa dengan pegawai JAIS, dan selesaikan isu ini secara baik, supaya keadaan tidak menjadi lebih tegang, dan saya sudah berbincang dengan pegawai-pegawai JAIS mengenai isu ini, apa yang saya lihat tindakan oleh JAIS adalah sesuai dengan keadaan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas isu Sajat oleh pemberita selepas menyampaikan ucapan amanat dihadapan 150 petugas badan keagamaan kerajaan di dewan Kompleks Darul Kifayah, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Labuan, pada Selesa.
Hadir sama pada majlis itu, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Datuk Mohd Ajib Ismail, Pengarah Kanan ILIM, Dr. Nordin Ahmad dan Pengurus MAIWP Labuan, Ustaz Md Fadzli Md Saad.
Dr Zulkifli berkata Sajat juga tidak seharusnya mengungkapkan kata-kata seolah-olah berhasrat untuk keluar dari agama Islam.
Dalam pada itu katanya, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan menggerakkan satu jawatankuasa hal ehwal agama atau Jawatankuasa Pemandu bagi menangani isu atau aktiviti yang berkaitan dengan penyelewengan ajaran Islam,” katanya.
Januari lepas Nur Sajat tidak mengaku bersalah terhadap satu pertuduhan menyebabkan agama Islam dipandang hina dengan cara dirinya seorang lelaki yang berpakaian menyerupai wanita selepas pertuduhan itu dibacakan di hadapan Hakim Syarie Mohamad Khalid Shaee @ Shaii.
Mahkamh Tinggi Syariah Shah Alam kemudiannya mengeluarkan waran tangkap terhadap usahawan kosmetik berumur 36 tahun itu selepas dia tidak hadir semasa sebutan semula kes berkenan, bulan lepas.