26 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Oktober 12, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Dr Zaliha rasmi Sambutan Minggu Perpaduan Peringkat Labuan sempena LISC 2024

DR ZALIHA momotong riben sebagai simbolik perasmian Sambutan Minggu Perpaduan peringkat Labuan yang diadakan sempena LISC 2024.

LABUAN: Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa merasmikan Sambutan Minggu Perpaduan Peringkat Wilayah Persekutuan Labuan sempena Labuan International Sea Challenge  2024, pada Jumaat.

Majlis yang berlangsung di Kompleks Sukan laut Antarabangsa Labuan itu turut dihadiri, Timbalan Ketua Setiausaha  Kementerian Perpaduan Negara, Mohamad Sobri Mat Daud, Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan  Negara dan Integrasi Nasional, Dato Che Roslan Che Daut, Timbalan Pengerusi Perbadanan Labuan, Simsudin Sidek, Ketua Pegawai Eksekutif  Perbadanan Labuan, Rithuan Mohd Ismail dan, Pengarah JPNIN Labuan, Esther Dingkawan.

Sambutan Minggu Perpaduan dilaksanakan bertujuan mengukuhkan semangat patriotisme, nilai perpaduan, dan hubungan antara kaum sejajar dengan gagasan Malaysia MADANI.

Wilayah Persekutuan Labuan menjadi lokasi ketiga Siri Jelajah Kembara Perpaduan 2024 selepas Sabah dan Sarawak.

Jelajah Kembara Perpaduan merupakan simbolik pergerakan kapsul Sambutan Minggu Perpaduan bagi mengumpulkan Hasrat dan Harapan Rakyat Malaysia mengikut kluster-kluster di bawah Teras Strategik Kerangka Malaysia MADANI di setiap lokasi.

MOHD SOBRI bersama kumpulan Persatuan Pantaran Biskita yang turut sama menjayakan Malam Silang Budaya Perpaduan

Hasil tersebut akan dibawa ke Sambutan Minggu Perpaduan Peringkat Kebangsaan yang akan dilaksanakan di Negeri Johor pada  23 hingga 26 Mei 2024 nanti.

Pelbagai aktiviti yang dirancang untuk sambutan di Wilayah Persekutuan Labuan antaranya Pameran Agensi Kerajaan, Pameran Rumah KAMI dan  Nostalgia Anak Kampung, Sukan Perpaduan dan persembahan kebudyaan.

Sementara itu,  Malam Silang Budaya Perpaduan merupakan acara terakhir  dan fokas utama Sambutan Minggu Perpaduan yang telahpun di sempurnakan oleh Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara, Mohd Sobri Mat Daud.

Mohd Sobri berkata, Malam Silang Budaya Perpaduan memainkan peranan penting dalam memupuk kefahaman, toleransi, dan penghargaan terhadap kepelbagaian budaya.

“Ia membina hubungan silaturrahim serta jalinan sosial yang kuat di antara masyarakat berbeza latar belakang budaya, di samping dapat mempromosikan imej Malaysia sebagai sebuah negara yang bersatu padu” katanya.

Beliau berkata, program ini turut memberi kesedaran kepada masyarakat tentang keunikan budaya setiap etnik selain menyumbang kepada pembangunan negara dalam pelbagai bidang seperti pelancongan, seni dan budaya, ekonomi, kolaborasi dan pertukaran budaya yang membawa impak positif.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN