25 C
Kota Kinabalu
Selasa, Januari 14, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Dr. Zaliha hadiri rumah terbuka Tahun Baharu Cina LCCC

YEE SANG… Zaliha, Wong Kii Yii (tujuh dari kiri), Suhaili (enam dari kiri) dan Rithuan ( tiga dari kanan) bersama tetamu lain mengaul ‘Yee Sang’ pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina anjuran LCCC.

LABUAN: Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Menteri Wilayah Persekutuan), Dr. Zaliha Mustafa hadir ke Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina 2024 anjuran Dewan Perniagaan Tionghua Labuan (LCCC) yang diadakan di Dewan Tadika Chi Hwa, dekat sini, malam tadi.

Turut hadir, Ahli Parlimen Labuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman, Timbalan Pengerusi Perbadanan Labuan, Simsudin Sidek, Pengerusi Majlis Penasihat Perbadanan Labuan, Datuk Bashir Alias dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Rithuan Mohd Ismail.

Kehadiran Dr Zaliha bersama rombongan disambut mesra oleh Presiden Dewan Pernigaan Tionghua Labuan, Datuk Wong Kii Yii yang diiringi dengan persembahan tarian singa dan Naga.

Pada majlis itu, Dr Zaliha  bersama Wong Kii Yii dan tetamu yang lain menggaul ‘Yee Sang’ (salad campuran sayur sayuran dan ikan) sebagai simbolik Rumah Terbuka Sambutan Tahun Baharu Cina yang anjuran LCCC.

Terdahulu Wong dalam ucapan aluannya menyatakan Sambutan Tahun Baharu Cina tahun ini merupakan tahun Naga yang membawa  simbolik kepada kekuatan, keharmonian, kejayaan dan keberuntungan secara bersama.

“Tahun ini masyarakat cina mengharapkan Tahun Naga akan dapat memberikan sinar baharu  kepada masyarakat cina dan semua kaum di nagara iniagar dapat hidup dalam keadaan yang lebih harmoni dan mendapat kejayaan yang lebih baik” katanya.

Sementara itu, Dr Zaliha yang turut berucap pada majlis itu berharap tahun 2024  akan menjadi permulaan kepada pemesatan ekonomi yang lebih memberangsangkan kepada Labuan dan juga Kuala Lumpur dan Putraja.

“Sambutan Tahun Baharu Cina yang dianjurkan oleh LCCC sememangnya menjadi amalan di negara ini untuk diraikan  oleh semua kaum khususnya masyarakat cina dalam suasana yang harmoni.

“Ini kerana keharmonian masyarakat merupakan kunci kepada kesejahteraan dan kemakmuran Malaysia  dari dulu hingga kini.

“Selain itu nilai kebersamaan dan permuafakatan sedia ada menyemarakkan lagi imej Malaysia sebagai sebuah negara yang kaya dengan warisan dan seni budaya” katanya.

Dr.Zaliha berkata, perbezaan dalam kalangan masyarakat merupakan satu keunikan dan perlu dianggap sebagai kelebihan dan keistimewaan.

Dianggarkan lebih 1,000 pengunjung yang terdiri pelbagai lapisan masyarakat dan kaum  hadir memeriahkan majlis berkenaan yangturut diserikan dengan pelbagai persembahan kebudayaan  dan tarian singa.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN