Gambar: Dr. Ahmad (kanan) menyampaikan cenderahati kepada Halikin
RANAU: Doktor Ahmad Hazim bin Mohamad (gambar) dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Malaysia Sabah mengucapkan terimakasih kepada semua respondennya atas penyertaan dan kerjasama dalam membantu menjayakan penyelidikan berkaitan faktor-faktor mengamalkan langkah-langkah pencegahan menghadapi jangkitan malaria Knowlesi.
Menurutnya , tujuan penyelidikan adalah untuk mengkaji faktor yang mempengaruhi praktik aktiviti pencegahan terhadap malaria Knowlesi di kalangan penduduk yang tinggal di kawasan endemik malaria Knowlesi di Sabah. Kajian ini penting untuk menambahbaik program promosi kesihatan berkaitan malaria di kalangan penduduk di Sabah.
“Penyelidikan ini berlangsung selama 18 bulan bermula daripada 1/1/2022 sehingga 30/6/2023. Dijangka seramai 783 individu akan mengambil bahagian dalama kajian ini. Untuk sesi pertama yang saya adakan pada hari ini melibatkan 30 orang peserta dan setakat ini responden yang saya temui 15 orang. Pada sesi kedua dan ketiga akan datang responden yang saya perlukan ialah seramai 340 dan 413 orang” katanya.

Gambar: Dr. Ahmad semasa sesi temubual bersama Halikin Juhap
Dalam penyelidikannya para responden dikehendaki menjawab ke semua soalan yang dikemukakannya dengan jujur dan lengkap yang memperuntukkan masa selama 30 minit. Temuramah mengandungi tiga bahagian utama iaitu persetujuan mengikuti kajian, maklumat sosiodemografi/peribadi dan bahagian akhir ialah tentang praktik aktiviti pencegahan terhadap malaria Knowlesi.
“Ke semua responden yang saya temui di daerah ini memberikan kerjasama dengan baik dan sangat membantu dalam menambahbaik program promosi kesihatan mengenai pencegahan malaria Knowlesi. Hari ini saya berada di Kampung Kebuh Baru bersama dua orang responden saya. Terimaksih sekali lagi kepada semua yang rela menjadi responden saya untuk menjayakan kajian ini,” ujarnya lagi.



