25 C
Kota Kinabalu
Ahad, Oktober 6, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

DPMM Labuan dan DPPIL sokong usaha kerajaan wujudkan semula aktiviti ‘Barter Trade’

(Kiri)..Suhaili dan Dahlif (kanan)

LABUAN:Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Wilayah Persekutuan Labuan dan Dewan Perniagaan dan Perusahan India Labuan (DPPIL) menyokong usaha kerajaan untuk mengaktifkan semula aktiviti ‘Barter Trade’ seperti yang dinyatakan  oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Shahidan Kassim baru-baru ini.

Pengerusi DPMM Labuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman berkata  usaha kerajaan untuk mengaktifkan semula perniagaan barter trade  khususnya dengan negara Filipina  seperti yang pernah dilaksanakan pada era awal tahun 1970an adalah bertepatan sekali.

“DPMM Labuan menyokong usaha kerajaan itu   demi mengaktifkan semula ekonomi Labuan..… maka tindakan-proaktif menghidupkan semula perniagaan barter trade  harus dimulakan dengan kadar yang segera…. kerana Labuan sangat sepi dan kita sebenarnya mempunyai kelebihan sebagai Pulau Bebas Cukai untuk aktiviti barter trade” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Shahidan Kassim mengenai rancangan untuk mewujudkan semula perniagaan barter trade di pulau bebas cukai ini

Sementara itu, Pengerusi Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Labuan (DPPIL)  Datuk Dahlif Singh turut menyokong penuh usaha untuk melaksanakan semula aktiviti barter trade dan  perlu diteruskan berikutan ekonomi Labuan amat memerlukan bantuan.

“ Ekonomi pulau ini telah merasakan tekanan sejak perdagangan barter trade  dihentikan pada 2016 selepas lebih empat dekad beroperasi (sejak 1970-an). Akibatnya  Labuan telah mengalami kesukaran sejak aktiviti itu dihentikan” katanya.

TAMAT

GAMBAR:

1.SUHAILI

2.DAHLIF SINGH

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN