.TINJAU…..Mohd Uzir (tiga dari kiri) ketika meninjau Perusahan Ikan Bilis di kampung Bebuloh Laut.
LABUAN: Sehingga hari ini Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) merekodkan status kemajuan operasi Banci Pertanian 2024 mencapai 98.4 peratus di seluruh negara.Ketua Perangkaan Datuk Seri Mohd.
Uzir Mahidin berkata berdasarkan peratusan berkenaan sebanyak 1,197,309 pegangan Pertanian terlibat dalam pembancian tempat kediaman sebanyak 1,177,566 atau (98.4 %) dan pertubuhan sebanyak 19,753 (1.6%).
Beliau berkata, daripada jumlah tersebut sehingga 3 Oktober 2024 DOSM telah berjaya melawati 100 peratus dengan pecahan sebanyak 1,179,173 (101.1 %) tempat kediaman dan Pertubuhan sebanyak 18,318 ( 92.7%).“Di Wilayah Persekutuan Labuan, operasi Banci Pertanian telah mencapai 103.1 peratus untuk kediaman dan 126.3 peratus pertubuhan yang menjalankan pertanian telah dilawati.
“Daripada lawatan tersebut sebanyak 99.3 peratus tempat kediaman pertanian dan 79.2 peratus pertubuhan pertanian daripada keseluruhan telah selesai di Banci” katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan ke Perusahan Ikan Bilis Kampung Bebuloh Laut sempena lawatan kerja rasmi ke Wilayah Persekutuan Labuan, pada Jumaat.
Mohd Uzir berkata, pencapaian ini diperolehi dengan kerjasama Dan komitmen penuh daripada semua pihak terutama pengisaha Dan agensi Pertanian seperti Jabatan Pertanian, Jabatan Perikanan Dan Jabatan Perkhidmatan Veteriner.
Jelas Mohd Uzir, Banci Pertanian 2024 yang dijalankan oleh DOSM menyediakan data asas tentang profil pegangan Pertanian seperti maklumat demografi, hasil Pertanian, kos input, saiz ladang, penggunaan dan pemilikan tanah, mekanisma serta penggunaan teknologi.
Hadir sama, Pengarah Jabatan Perikanan Labuan, Suffian Ahmad, Pengarah Jabatan Perangkaan Malaysia, Wilayah Persekutuan Labuan, Siti Zakiah Muhammad Isa Dan Pengarah Bahagian Perangkaan Pertanian Dan Alam Sekitar, Jabatan Perangkaan Malaysia, Fauziah Md. Amin.