24 C
Kota Kinabalu
Isnin, Januari 13, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Dokumen penjualan aset strategik TH akan diteliti semula

GAMBAR: AHMAD MARZUK…. Ketika berucap pada Majlis Town Hall bersama pegawai dan kakitangan agensi Agama di Kompleks Darul Kifayah, pada Ahad.


LABUAN: Kerajaan akan meneliti semula dokumen berkaitan penjualan aset strategik Tabung Haji (TH) bagi memastikan ia dilakukan secara berhemah, telus dan bersih daripada salah laku penyelewengan.


Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Ahmad Marzuk Shaary berkata, pihaknya memahami akan kegusaran dan rungutan orang ramai mengenai penjualan aset strategik Tabung Haji.


“Kami faham akan kegusaran dan rungutan orang ramai mengenai isu berbangkit… sebarang rungutan dengan bukti dan berasas akan diambil tindakan sewajarnya. Ini kerana aset Tabung Haji adalah aset orang ramai, aset komuniti Islam, dan ia perlu diuruskan dengan telus,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai Isu Penjualan Aset Tabung Haji oleh kerajaan Pakatan Harapan ketika memerintah 22 bulan yang lalu.


Terdahulu sebelum itu beliau telah menghadiri Majlis Town Hall bersama dengan pegawai dan kakitangan agensi Agama anjuran Jabatan Agama Islam (JAWI) Labuan di Kompleks Darul Kifayah, di sini pada Ahad.


“Justeru itu, kami telah menganalisa dan menilai rungutan orang ramai berkaitan penyelewengan dalam pengurusan aset… saya sendiri telah periksa beberapa dokumen penting dalam penjualan aset strategik Tabung Haji seperti yang didakwa” katanya.


Ahmad Marzuk berkata, beliau telah memaklumkan kepada pengurusan TH agar lebih berhati-hati dalam pengurusan dana dan aset dan melaporkan terlebih dahulu kepada pejabat Menteri atau Timbalan Menteri dalam apa-apa perkara berkaitan dengan penjualan aset.


Selain itu katanya, satu arahan telah dikeluarkan kepada pengurusan Tabung Haji untuk mengadakan sesi perjumpaan dengan pemegang amanah dan mereka yang melaporkan mengenai penyelewengan dalam pengurusan.


“Perjumpaan itu bagi membincangkan mengenai apa yang sebenarnya berlaku dalam pengurusan aset seperti didakwa … jika terdapat sebarang elemen salah laku dalam pengurusan aset yang telah menyebabkan kerugian kepada penyimpan… sudah tentu kerajaan akan lakukan yang terbaik untuk menyelesaikannya dengan cekap,” katanya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN