31 C
Kota Kinabalu
Selasa, September 26, 2023
ADVERTISEMENTspot_img

Dipercayai hilang kawalan, pemandu nyaris maut selepas rempuh 5 kenderaan lain

Kenderaan yang terlibat kemalangan di lot pakir dekat simpang masuk Taman Kinabalu, pada petang Sabtu.- Kredit foto: Facebook

RANAU: Seorang lelaki nyaris maut selepas kereta yang dipandunya terlibat dalam kemalangan di Kilometer 19, Jalan Ranau-Tamparuli, dekat simpang masuk Taman Kinabalu, di sini, pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Superintendan (DSP) Simiun Lomudin berkata, mangsa, Jaafar Dorong, warga tempatan berusia 61 tahun.

Katanya, dalam kejadian kira-kira jam1.30 petang itu, mangsa yang memandu kereta Toyota Fortuner VRZ dalam perjalanan dari arah Telupid menuju Kota Kinabalu.

(Kiri)..Salah sebuah kereta yang mengalami kerosakan dalam kejadian itu.

“Apabila sampai di tempat kejadian, kenderaan yang dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke kanan jalan lalu merempuh sebuah Perodua Axia dan empat kenderaan lain tanpa pemandu di lot pakir luar Taman Kinabalu.

“Empat kenderaan lain yang terlibat adalah sebuah Perodua Bezza, Toyota Hilux Vigo, Isuzu Dmax dan Perodua Viva yang semuanya mengalami pelbagai kerosakan termasuk kemek pada bahagian badan,” katanya ketika dihubungi media.

DSP Simiun juga berkata, mujur dalam kejadian itu pemandu dan penumpang kereta Toyota Fortuner tidak mengalami sebarang kecederaan dan hanya melibatkan kerosakkan kenderaan.

Menurutnya, Toyota Fortuner yang dipandu mangsa mengalami kerosakan pada bahagian hadapan dan badan sebelah kiri, manakala Perodua Axia rosak teruk pada keseluruhan bahagian.

Tambahnya, punca sebenar kejadian masih dalam siasatan dan kes disiasat dibawah Seksyen 43(1)Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN