Kenangan….Dexter bergambar kenangan bersama jawatankuasa Dewan Perniagaan Malaysia-China (MCCC) Cawangan Sabah sesi 2025 – 2028
KOTA KINABALU: Pengarah Eksekutif KTC, Datuk Dexter Lau hari ini telah mengumumkan barisan ahli jawatan kuasa Dewan Perniagaan Malaysia- China (MCCC) cawangan Sabah sesi 2025 -2028.
Beliau merupakan seorang usahawan muda yang berjaya dan mempunyai pengalaman luas dalam bidang perniagaan dan kepimpinan serta berhasrat untuk membawa MCCC Sabah ke arah yang lebih dinamik dan berdaya saing.
Harapan beliau sebagai Presiden baru MCCC akan memainkan peranan penting dalam memperkukuh hubungan ekonomi dan perdagangan antara Malaysia dan China melalui penglibatan aktifnya dalam MCCC.
Sebelum ini, beliau menjawat jawatan sebagai Timbalan Pengerusi MCCC Cawangan Sabah serta merupakan Ahli Jawatankuasa Majlis Kebangsaan MCCC Malaysia.
“Saya akan terus berusaha merangsang pertumbuhan ekonomi dua hala dengan memastikan hubungan perdagangan antara kedua-dua negara terus berkembang.
“Selain mewujudkan lebih banyak peluang perniagaan bagi usahawan tempatan. Pengalaman saya dalam bidang perniagaan sebagai usahawan pastinya memberi kelebihan dalam menarik pelaburan asing.
Dengan pengetahuan yang mendalam tentang keperluan pasaran, strategi perniagaan dan cara untuk berhubung dengan pelabur luar, beliau dapat memainkan peranan penting dalam merangsang minat pelaburan asing.
Hal ini adalah selaras dengan hala tuju kerajaan GRS di bawah kepimpinan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor yang ingin memperluas penglibatan pelaburan asing dalam pelbagai industri di negeri ini ujar Dexter.
Beliau berkata demikian semasa sidang akhbar di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini hari ini.
Jelas keupayaan beliau untuk mengenal pasti peluang dan cabaran serta mewujudkan hubungan yang strategik dapat memberi keyakinan kepada pelabur asing untuk melabur dan berkembang bersama industri tempatan.
Ahli jawatankuasa MCCC terdiri daripada tokoh-tokoh berpengaruh dan pemimpin dalam industri, dan merupakan dewan perniagaan yang terkemuka.
Dewan Perniagaan Malaysia-China (MCCC) Cawangan Sabah sesi 2025 – 2028
1) Presiden- Datuk Lau Wei Dick @ Dexter Dick Lau
2) Timbalan Presiden- Kapitan Dr Tan Kai Lee
3) Naib Presiden-Chin Thau Chung @ Jacky Chin
4) Naib Presiden- Su Khon Fen
5) Naib Presiden- Lau Jiin Woei
6) Setiausaha- Ivan Chai Bor Yuan
7) Bendahari- Shawn Tan Cen Ven
8) Timbalan Bendahari- Tommy Lo Chun Sian
9) Urusan Perdagangan – Brian Ho Joon Chuan
10) Penolong Hal Ehwal Perdagangan – Wong Kwong Fah
11) Perhubungan Awam- Goh Chuen Sheng
12) Penolong Perhubungan Awam- Yong Wei Hau
13) Jawatankuasa- Hon Fook Peng
14) Jawatankuasa- Sivik Chin Vui Khen
15) Jawatankuasa- Neilson Chang Wai Chuen



