Wong (duduk enam dari kiri) bersama tetamu khas yang hadir pada majlis tersebut.
LABUAN: Dewan Perniagaan Tionghua Labuan komited untuk bekerjasama dengan kerajaan dalam membangunkan ekonomi Labuan agar selari dengan ekonomi yang dicapai oleh Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Pengerusi Dewan Perniagaan Tionghua Labuan, Datuk Wong Kii Yii berkata pihaknya sentiasa menitikberatkan dan menyuarakan mengenai isu isu yang boleh menjejaskan pembangunan ekonomi Labuan.
“Dewan Perniagaan Tionghua Labuan berharap kerajaan Madani yang ada hari ini perlu memberikan perhatian yang serius untuk memantapkan ekonomi Labuan menerusi dasar yang lebih holistik dan konfrensif dengan mempelbagaikan ekonomi Labuan yang boleh menarik pelabur.” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis sambutan Tahun Baharu 2026 yang di Dewan Datik Wong Kii Yii, Tadika Chi Hwa, dekat sini, pada Ahad.
Majlis Sambutan Tahun Baharu 2026 anjuran Dewan Perniagaan Tionghua Labuan dihadiri lebih 400 tetamu yang terdiri daripada pemimpin masyarakat, ketua ketua jabatan dan agensi kerajaan serta badan bukan kerajaan (NGO).



