27 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Februari 24, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

DERMA DARAH DIBENARKAN, PENGANGKUTAN AWAM RENTAS DAERAH TIDAK DIBENARKAN

Masidi Manjun – gambar fail

0leh: Aduka Jasnin Suman

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri membenarkan semua aktiviti derma darah yang dijalankan oleh Perkhidmatan Perubatan Transfusi Negeri Sabah bermula kemarin, 03 Jun 2021.

Menteri Kerajaan Tempatan Dan Perumahan, Datuk Seri Paglima Masidi Manjun, berkata kebenaran itu termasuk aktiviti derma darah bergerak dan di lokasi pendermaan tetap sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP/PKPB/PKPD/PKPP) di seluruh Sabah.

“Ini bertujuan bagi menampung keperluan bekalan darah,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Bagaimanapun dalam kenyataan sama, Masidi yang juga jurucakap kerajaan negeri berkaitan COVID-19 berkata, perkhidmatan pengangkutan awam rentas daerah tidak dibenarkan.

Katanya, selaras dengan SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0, Kerajaan Negeri tidak membenarkan operasi perkhidmatan pengangkutan awam yang merentas daerah seperti bas ekpress.

“Sepanjang tempoh PKP 3.0, perkhidmatan membawa barangan melalui bas ekpress juga tidak dibenarkan kerana melanggar SOP dan boleh dikenakan tindakan kompaun oleh pihak berkuasa,” jelas Masidi.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN